Friday, August 17, 2012

buat semua.

Assalammualaikum & Salam Penghujung Ramadhan 1433H semua.

di akhir akhir hari, saat, detik Ramadhan ini, moga moga kita manfaat kan setiap saat daripada nya.
pernah Neen di beritahu, guna kan lah walau sesaat untuk,
berzikir & berdoa kepada Allah SWT. 
jadikan setiap saat di bulan Ramadhan ini begitu berharga dan terlalu sukar untuk di lepas kan untuk di rugi kan.
semoga segala amal ibadah kita pada tahun ini diterima oleh Yang Maha Esa, kita mampu terus beristiqomah, dan masih di beri nyawa dan kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan akan datang & Syawal yang kian tiba ini. InsyaAllah.
:')

di kesempatan ini, Neen mengambil peluang ini, dengan rasa penuh rendah diri, memohon maaf secara keseluruhannya, zahir & batin, andai kata ada ter salah silap percakapan mahupun perbuatan, ter kurang terlebih, ter marah ter kena. dengan rasa rendah diri Neen mohon maaf kepada semua, keluarga, sahabat, kenalan, tak kira samada kita pernah bertemu atau tidak, pernah bersapa atau tidak, pernah beramah atau tidak, sempat mengenali atau tidak,
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin.
selamat berbahagia bersama keluarga, sanak saudara, kenalan & semua yang tersayang di Lebaran ini & jom kita sama sama sentiasa bersederhana meraikan Syawal ini,
semoga ukhuwah kita terus di berkati Nya, dan semoga semua sentiasa di bawah perlindungan Nya,
dunia akhirat, insyaAllah.
:')

salam tulus ikhlas,
Madeehah Nazneen Bt Md Najib. 

Monday, July 23, 2012

semoga Ramadhan 1433H, lebih baik.



sentiasa bersangka baik,

bersih kan hati,

sentiasa memaafkan & sentiasa mohon maaf,

perbaiki diri luaran & dalaman,

sentiasa menjaga diri,

sabar & tenang,

sentiasa merendah diri,

kurang kan perbuatan/percakapan tidak bermanfaat,

hormati orang lain & diri sendiri,

selalu mendoakan yang terbaik buat semua,

sentiasa menyenangkan & menyenangi orang sekeliling,

positif & senyum,

berbakti & saling membantu walaupum sehalus kuman,

kejar lah kebaikan,

tunaikan dan perhalusi ibadah wajib perbanyakkan ibadah sunat,


lillahi Ta'ala.

peringatan buat diri sendiri yang sering alpa, yang selalu terleka.

salam Ramadhan 1433H buat semua. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik buat kita semua. kejar lah sentiasa kebaikan selagi mampu, nikmati & manfaat kan bulan yang penuh barakah ini sepenuh nya. semoga setiap amalan dan ibadah kita di terima-Nya. Ramadhan akan datang belum tentu milik kita. sesaat, seminit, sejam selepas ini, esok, lusa juga belum pasti milik kita.
:')

Monday, June 25, 2012

the reason I can still stand tall.


" every single thing you've gone through in life, every high, every low and everything in between, at least, it has led you to this moment right now. stay calm. keep in mind, Allah always has a better plan for each and one of us. have faith, faith in Allah  "

Monday, April 30, 2012

bahagia sebenar.

assalammualaikum semua, semoga semua sentiasa berada di bawah lindungan Nya :')

" nampak happy bahagia memanjang, tak pernah sedih, down atau memang tak pernah sedih? macam mana boleh sentiasa tenang? tak pernah stress? "

soalan yang sering orang tanya. Neen simpulkan menjadi satu seperti di atas. mungkin sebab selalu nampak Neen senyum dan ketawa barangkali?

subhanaAllah, tipu lah lah kalau dalam sepanjang hidup ni kita tak pernah langsung rasa sedih, down, kecewa, frust, stress etc. tipu sangat. in fact, sejujurnya, jika Neen lihat hanya kepada kehidupan Neen semata mata selama 23 tahun ini, Neen ada terlalu banyak reason untuk kecewa atau frust atau sentiasa sedih. mungkin ramai susah nak percaya kan, tapi itu lah hakikat, itu fakta rahsia Neen. setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. dan ini lah cara yang Neen guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, frust atau pun kesedihan. seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan' nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan. apa kata kita jadikan mereka inspirasi? saat saat macam ni, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima & cara kita deal dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. tak kan nak terus hanyut dengan kejatuhan? nak terus hilang saat kekecewaan? 

antara apa yang mampu dan boleh Neen kongsi ialah :

1) sentiasa berfikiran positif & sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. jauhi & bencikan perasaan & tanggapan negatif. susah? ya, tapi sedar lah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2) senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. susah? saat pertama kali buka mata di pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyum lah kepada Nya, yang masih sudi memberi kita nyawa & kehidupan.

3) sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. masalah, kritikan mahupun pujian. susah? terima lah setiap kritikan demi untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab & amanah yang di harap kan. jadikan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik bukan punca stress.

4) ketepi kan memikirkan benda benda yang remeh & kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. susah? tidak, kurang kan mengambil tahu perkara perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi sesuatu yang kadang kadang hanya lah mempunyai unsur negatif dan aib.

5) rajin membaca/melihat/menonton bahan yang positif & berunsurkan ilmiah. susah? tidak. paling mudah, mulakan 'follow' sahaja mereka mereka yang berkata kata dengan kualiti dan baik di Twitter, sekurang kurang nya, setiap kali membaca memberi kesan kepada kita.

6) bergaul dengan mereka yang sentiasa positif & sentiasa berkata & beramal baik. susah? nanti tak ramai kawan? tidak. berkawan lah se ramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik & betul dari mereka itu rujukan. berpegang teguh lah dengan prinsip diri sendiri dalam berkawan.

7) lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelas kan kebaikan sesuatu. susah? sebab sentiasa nampak semua orang salah & kita betul? lihat & cermin kembali diri kita, jangan mudah rasa diri cukup sempurna & sentiasa betul. hidup ini, kita saling mengingati.

8) memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan syara' dan jauhi lah sekelumit pun perasaan kurang senang/dengki. susah? nanti dia lagi berjaya? bukan kah setiap rezeki kita sudah di tentukan Nya? berusaha & motivasi kan lah diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

9) sentiasa mengamalkan gaya & cara hidup yang betul & positif. jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah di tetapkan. susah? sebab takut nampak tak cool? nampak ketinggalan zaman? ingat, setiap perkara kita lakukan sekarang, akan 'dipertontonkan' kelak.

10) sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikir kan kesan akan datang yang bakal menyusul dari setiap tindakan kita. perlu berani? ya, benar, tapi jangan sampai di masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.

11) yang paling penting, sentiasa dekat kan hati dengan Nya. sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalan Nya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. susah? belum rasa 'rasa' itu? cari lah Allah, DIA sedang menanti kita, DIA rindukan kita.

sejujurnya bahagia yang di temani ketenangan itu lah erti bahagia yang sebenar. bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagia kan. tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha & berkat dari Nya. itu lah erti bahagia yang sebenar. sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah nya mampu membuat kita terus tenang & terus berjalan meneruskan kehidupan & mencari redha Nya. apa jua sekali pun, cara nya hanya lah kembali kepada Nya. percaya kuat Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hamba Nya. dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

" Attach your heart to Allah, and you will never be let down "
(Imam Zaid Shakir)





" aku menulis sekadar berkongsi daya ku, mampu ku, untuk semua. yang baik semua nya dari Allah, dan yang tidak baik itu, datang nya dari kekurangan diri aku sendiri "

Sunday, April 1, 2012

Wednesday, March 28, 2012

sedikit sebanyak - part2

Assalammualaikum & apa kahabar semua? semoga semuanya sentiasa berada dalam jagaan Yang Maha Esa.

it's a been awhile after my very last post/entry. dan entry hari ini merupakan seperti yang di janjikan, sambungan kepada sedikit sebanyak part1.
bismillah ..

dengan rasa rendah diri, sejujurnya tiada lah yang 'extra' istimewa dalam penulisan kali ini, mungkin barangkali ada yang tertanya tanya mengenai entry yang tergendala ini .hakikat nya, hanya lah kerana kesempitan waktu dan masa untuk terus berkongsi dengan semua.

sedikit sebanyak tanggungjawab dan sedar diri. itu lah rasa dan perasaan yang paling ketara dan jelas buat masa sekarang yang ada dalam diri yang serba kerdil dan kekurangan ini. kehadiran 'nya' yang tidak di duga, tidak pernah di impikan, jauh sekali berharap, sedikit sebanyak bagai kan satu 'teguran' satu 'ingatan' satu 'rasa' yang di lemparkan oleh Yang Maha Esa buat hambaNya yang bernama Madeehah Nazneen bt Md Najib ini. 

awal cerita nya, rasa marah, rasa geram, rasa ter aniaya menebal dalam diri, ya rasa itu tidak salah, akan tetapi jangan dikesali apa yang TELAH terjadi, tetapi ambil lah dan cari lah apa sebenar nya hikmah di sebalik itu terjadi. bunyi nya seperti serius hakikat nya, hanya lah satu rasa yang terus membayangi dan bermain main di dalam hati. saat di sampai kan berita itu melalui teman teman, terkejut, marah, geram, tidak senang duduk, panas dan sedikit melenting singgah di sudut hati. Astagfirullah'alazim.. setelah kembali tenang, keputusan bersama berjaya mendapat sepakat dengan penuh ketenangan. walaupun tidak seperti yang di harap kan tetapi mungkin, 'teguran' Yang Maha Esa ini jauh lebih bernilai. "gambar tu tidak seperti gadis Melayu" itu lah rata rata memberi pandangan dan sebab utama kenapa itu 'terselit menjadi' pilihan. subhanaAllah, semua pinjaman Nya. kita tinggal kan mengenai itu, sudah selesai menjadi perbincangan tertutup.

apa yang mahu di kongsi bersama ialah, setelah kembali menilai, berfikir dan selami dengan tenang, rasional dan postitif nya, tersedar dan tersadung dengan barangkali ini 'teguran' Allah buat ku. sungguh indah, sungguh halus, sungguh cantik cara Allah 'menegurku'. SubhanaAllah. sejujurnya, dengan rasa rendah diri dan dengan kerdil nya, aku dapat rasa kan 'teguran' halus Allah ini sedikit sebanyak membuat aku sedar hikmah di sebalik ini semua. terbangun aku dari sadungan dan 'teguran' Allah itu, aku dapat rasa kan, ini satu tanggunggjawab. satu amanah, satu harapan, satu impian dan satu peringatan khususnya untuk diri ku sendiri yang boleh di kongsi kan bersama semua. 

di selitkan bersama hadith indah, hadith cantik, di letakkan di tempat tempat mulia sebagai peringatan dan pesanan buat kita semua, apakah tidak terdetik apa apa rasa di dalam hati? bayang kan hadith seindah ini, 

Rasulullah SAW bersabda : 
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"


 apa rasa bangga yang melekat di hati?
apa rasa teruja memenuhi hati?
apa rasa diri sudah cukup bagus?
apa rasa ini satu kejayaan kebanggaan dalam diri?

penuh jujur, dengan rasa sedar diri dan rendah diri, jawapan ku, TIDAK.sungguh, ini satu tamparan buat diriku. malu? YA. MALU KERANA AKU TAHU DIRI INI TERLALU JAUH DARI APA YANG DI PERKATAKAN DI DALAM HADITH INDAH ITU. MALU KERANA AKU  SANGAT JAUH, TERLUPA, TERLEKA SEKETIKA, MALU KERANA AKU SEOLAH OLAH MEMPERMAINKAN APA YANG DIPERKATAKAN dan yang paling utama, AKU MALU KERANA AKU LANGSUNG TIDAK LAYAK. aku tahu diri ku. aku tahu terlalu banyak kekurangan ku. tetapi  bila mungkin, 'ia' sudah tersebar jauh, secara tidak langsung, TANGGUNGJAWAB itu sedikit sebanyak timbul dalam diri ini. 'ia' di jadikan peringatan di jadikan pesanan indah dan mulia buat semua, tetapi 'wajah' yang 'terselit' itu sendiri masih terlalu banyak kurang nya, masih banyak yang perlu di perbetulkan dan sama sekali tidak layak untuk 'diselitkan' di situ.

dari situ, aku tersedar, terus tersedar, halus cukup cantik dan indah 'terguran' Allah ini. barangkali mungkin sudah tiba masanya, untuk aku berusaha, mencuba sedaya ku, kearah dan menghampiri bait bait hadith itu. aku sedar, bukan mudah, YA, bukan mudah, aku ulang lagi, SUSAH, semakin cuba semakin banyak dugaan nya tetapi aku percaya Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengasih. DIA mengetahui tahap keupayaan hamba-hamba NYA dan DIA setia bersama kita setiap waktu selagi kita setia bersama Nya. Izinkan aku  lebih mendekati Mu Ya Allah. aku tidak mengimpikan untuk menjadi yang terbaik di kalangan semua tetapi aku hanya ingin jadi yang lebih baik dari diri ku sendiri yang sebelum ini. aku terlalu serba kekurangan masih serba tidak tahu masih mahu merangkak rangkak belajar dan  masih cuba tercari cari untuk memperbetulkan diri sendiri. noktah.

terima kasih Ya Allah, terima kasih atas 'teguran', 'ingatan', 'pesanan' halus yang cukup indah ini. aku mohon di beri kekuatan hati dan tetapan hati untuk menjadi 'yang lebih baik dari diri ku yang semalam dan sebelum sebelum ini'. lindungi dan terus berikan aku petunjuk Mu Ya Allah. harapan ku, semakin 'ia' jauh berjalan dan buat yang sudi memilikinya, agar  yang  lebih penting, manfaatnya ada dan 'sampai' buat kita semua bersama, dunia dan akhirat InsyaAllah.

semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan & pentunjuk-Nya.
semoga Allah SWT merahmati kita semua dunia & akhirat. 
InsyaAllah.

" Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang diriku dari diriku sendiri, dan aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka.  
Ya Allah, Kau jadikanlah diriku lebih baik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkanlah dosa-dosaku tentang apa yang tidak mereka ketahui, dan janganlah Engkau seksakan aku dengan sebab apa yang telah mereka perkatakan " 

- Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

p/s : andai kau benar benar sahabat sahabat aku, tegur lah aku, ingat kan aku, perbetul kan aku. 
dear my little M, somehow, you are one of my inspirations, i know we are struggling so hard, we are trying very hard, istiqomah is all we need, InsyaAllah. Allah knows better. :')

NazneenNajib.

Thursday, March 8, 2012

sedikit sebanyak - part1

" aku kira, sedikit & sebanyak sebanyak itu 'tanggungjawab' "

next entry, InsyaAllah.

assalammualaikum.

Sunday, February 26, 2012

" Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang diriku dari diriku sendiri, dan aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka.  
Ya Allah, Kau jadikanlah diriku lebih baik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkanlah dosa-dosaku tentang apa yang tidak mereka ketahui, dan janganlah Engkau seksakan aku dengan sebab apa yang telah mereka perkatakan " 

- Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

Sunday, February 12, 2012

aku, 23.

Assalamualaikum, Bismillahirahhmanirahimm .. 

penulisan pertama selepas peningkat setahun usiaku.
aku, 23.

ayat pertama? SubhanaAllah. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah UNTUK SEGALANYA.

" boleh jadi aku tidak punya seperti apa punya mu, kerna itu aku punya erti 'kehidupan bahagia' ku tersendiri "

" aku syukuri setiap pinjaman NYA "

 " aku jatuh, aku bangun, aku menangis, aku bangkit, aku tertawa, aku mengenal lebih erti hidup "

" aku tahu apa mahu ku, aku cuba, aku percaya rezeki milik NYA "

" jangan bilang hati ini milikmu andai apa yang kau tahu hanyalah senyuman dalam setiap senyum ku "


" semakin meningkat usia, semakin hampir kematian, 
semoga amalanku seiringan dengan usia ku "

" jangan lafazkan setiap apa yang mampu membuat aku riak, takbur dan lalai. tengking lah aku itu lebih baik agar aku tidak terus dibawa dunia "

" andai aku marah itu sayang , andai aku menegur itu kasih "  


" boleh jadi aku kelihatan tidak matang, 
tetapi kehidupan aku mengajar aku menjadi matang "

" selepas ini, InsyaAllah yang terakhir bagiku "

" andai kau nampak aibku, kau lihat salahku, nasihati aku, jangan di pertontonkan lagi "

" rasa kehilangan, aku mencari sinar NYA "

" aku perlukan kau nanti, yang bisa bimbing aku, yang bisa menjaga aku, yang bisa menegur aku kerana salahku, bukan menyokong silapku dan bilang itu namanya 'sayang' "

" keluarga ku, nyawa ku, nadi ku "

" betul kan aku, tegur lah aku, demi redha Allah SWT "

" aku buat selagi ku mampu, aku teruskan selagi ada dayaku "

" menilai tidak. aku mempelajari manusia "

" bantu aku teman, tunjukki aku jalan sahabat, pimpin aku kepada NYA. doakan aku "

" aku bisa senyum aku bisa sayang aku bisa menjaga semuanya kerna aku percaya hidup ini kita saling mendukung saling memerlukan, saling bencikan kejahatan "

" andai aku tidak mampu sedikit pun memberi manfaat kepadamu, lupakan aku, jauhi aku tetapi, sampaikan kepada aku "

" aku tidak mengimpikan yang sempurna, cukup lah yang lebih baik "

" aku boleh bersetuju, aku bisa menyokong, andai aku tidak terus di situ, 
pintaku kau hormati prinsipku "

" hidup ini milik NYA, setinggi mana kau mendaki, kau mendongak, sentiasa pandang ke bawah, semua pinjaman NYA "

" setiap laku ku, gaya ku, lagak ku yang tidak lurus 
jangan kau agungkan jangan kau sayangkan "

" aku tidak mahukan kehidupan yang terlalu sempurna, cukup lah dengan redha NYA
 & realiti " 


p/s : setiap hari aku ingin menjadi lebih baik, dan kadang kala aku tewas, esok lagi, lusa kembali, kecewa, pimpin aku Ya Allah. biar tidak sempurna, cukup lah supaya lebih baik.

bicara rawak hati,
NazneenNajib









Sunday, February 5, 2012

salam kelahiran Ya Kekasih Allah.



" sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku "



 khutbah terakhir kekasih Allah, Ya Rasulullah SAW, buat renungan kita semua bersama.


Salam Maulidur Rasul 1433H. 
Allahumma solli a'ala Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam.
selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.





p/s : dengar selawat, dengar sirah Rasulullah, baca pengorbanan Rasulullah, sayu, sebak, malu. Ya Allah, rasa jauh nya diri ini.
banyak nya benda masih tak tahu. :'((
Law Kana Bainana  :'((

Saturday, January 28, 2012

Allah mengenalimu lebih dari yang lain.


" teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik.. walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain..

jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.. setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri "
- AkuIslam.com

Friday, December 23, 2011

" ke mana kita pergi pun, ke mana kita di letakkan pun, 
pandai bawa diri, pandai jaga diri, pandai kawal diri,
semuanya Insya'Allah akan baik baik sahaja "

- bonda & ayahanda tercinta.

Monday, December 19, 2011

Anwar Hadi and his humbleness.


his humbleness what makes him amazing.
just stay the way you are and we wish you all the best in whatever you do.

may Allah SWT bless all.



Saturday, December 17, 2011

when the time is right, HE will guide you to them.










that's because Allah SWT has created someone special in the world for each and everyone of us :')

Saturday, November 26, 2011

InsyaAllah soon.



bismillahhirahmanirahim.

assalammualaikum & hello my loyal sweet readers & friends. and this is especially for you, my beautiful sisters out there! for those who are really into or those who are looking for Bawal Hijab, this is for you! honestly, this is just so called my humble start to share with all of you my dear sisters, a few plain Bawal Hijab in super gorgeous & limited colors to grab & ONLY FOUR pieces of limited LACE BAWAL available (first batch). 'they' are waiting for you! don't forget to meet & grab my gorgeous Bawals at SOOQ Bazaar Aqoostika this coming Sunday, 27th November 2011. InsyaAllah. see you around girls! may Allah bless all.

' Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 '
much love,
ZaneeN by NazneenNajib
 

Thursday, November 10, 2011

faham memahami persefahaman

perbualan antara ayahanda, bonda & puteri tunggal nya di satu petang di temani minuman petang.

sambil memegang surat khabar, " punca berpisah sekarang mostly sebab tiada lagi persefahaman. " - kata bonda.
" tapi sedih kan yang mana yang dah berpuluh puluh tahun semua tu " - kata si anak gadis.
" isu persefahaman ni bukan senang. memang banyak give and take " - sambung bonda lagi.
" persefahaman itu perlu di fahami, di lahirkan & di usahakan " - jelas ayahanda.
" oh macam mana tu Ti(panggilan buat ayah dalam keluarga kami)? " - dengan muka penuh rasa ingin tahu aku.

" persefahaman ini di mana kita mencari sesuatu titik. titik yang benar. titik yang elok. titik yang baik. persefahaman hanya akan wujud bila kita dua dua pegang teguh dengan ajaran agama. sebab, hanya agama yang mampu mengajar seseorang sesuatu yang perlu dilakukan dan sesuatu yang perlu di tinggalkan. persefahaman akan wujud bila kita faham dan menerima/akur sesuatu itu betul atau sesuatu itu salah. tapi macam mana kita nak faham tu? hanya dengan tahu nya agama Islam, berpegang nya dengan hukum Allah. dan kita akan tahu hak kita, limit kita dan peranan kita masing masing. sebelum kita nak laksana kan, kita kena faham, nak faham kena tahu, hanya dengan ada nya ilmu dan pegangan, kita tahu. tapi jangan pernah lupa, kita berusaha yang menentukan semua nya juga hanya Allah SWT. kejar lah berkat dalam setiap usaha kita. InsyaAllah." - sempurna dari ayahanda.

bonda tersenyum lebar bersetuju.
aku angguk tersenyum mengerti.

terima kasih ayahanda terima kasih bonda.
:')

p/s : setiap orang berlainan pendapat tetapi yang benar itu kekal utuh.





Monday, November 7, 2011

Sunday, September 18, 2011

SOOQ is back!

 assalamualaikum & hello ladies & gentlemen!

SOOQ will be organizing another bazaar, this time for 2 days on the 1st and 2nd October 2011 at Rasta Taman Tun Dr Ismail. Also, this time around we'll be able to provide a bigger space as the bazaar is held at the food court.

We would like to invite all of you to participate and we are looking forward for your reply. 
               Please find the attachment for more informations and feel free to call and email us if you have any enquiries. 

http://www.facebook.com/SOOQevents 


SEE YOU SOON!!!
InsyaAllah.