Monday, March 7, 2011

Andai aku mampu putarkan masa.
Akan aku hapuskan detik itu. Saat itu. Masa itu.
Agar aku terus teguh dan tidak terhanyut dalam mimpi hati.


- NN.





Thursday, February 24, 2011

Random.




Lebih baik mengelak awal daripada menyakit kan hati mereka kemudian hari.

Ya Allah lindungi aku Ya Allah.



p/s : Don't put
too much hope in me . At one point, I might break your heart. I'm sorry.
Why can't people just accept it?


As I grow older, Life becomes tougher. Be strong Neen!

p/s : kejadian hari itu membuat aku terfikir. disebalik kata tersimpan seribu rasa dan sejuta harapan.

- NN.

Thursday, February 17, 2011

teguran itu sangat perlu bagiku.

Terima kasih kepada yang menegur.
sekurang kurang nya Neen semakin perlu berhati - hati.

Ya kwn-kwn. Neen sebagai manusia biasa. Kelemahan terlalu banyak daripada kehebatan, kelebihan & kesempurnaan. Maafkan Neen. setiap hari ada saja kesilapan Neen buat. Neen tak nafi tu. Tapi Neen percaya tanpa kesilapan kita tak belajar apa-apa. Dan apabila kita jatuh oh baru kita tahu bahawanya kita sudah tersalah & tersilap langkah.

Setiap orang semuanya ingin menjadi lebih baik & dekati yang baik kan?
tipu lah kalau tiada siapa yang nak. Tapi itu semua bukan senang.
Mungkin kita perlu terjatuh, tersadung, terluka, terhiris, barulah kita dapat kecapi kebaikan.
Kalau kita tak nak tersalah langkah, kalau kita risau terlalai seketika, kalau kita bimbang tersasar, jangan takut lah dengan teguran. sebab teguran kan jam loceng terbaik untk diri kita.
kalau kita tersalah langkah, terlalai seketika dan datang nya yang menegur, bersyukur lah.
sekurang kurang nya kita beringat & ada yang mengingatkan.


kepada yang menegur, mungkin gayaku, cara hidupku tidak seindah cara & tidak bersesuaian.
Andai hanya kata kata yang mampu mendorong dan bukan diri ini sendiri, itu sudah mencukupi.

Ketahui lah bahawa untuk menyampaikan kebaikan & jadi yg terlalu sempurna itu bukan lah mudah. Pengorbanan yang sekadar termampu. Pelbagai cara & perlu sentiasa berusahalah aplikasikan pelbagai cara itu untk fix kan kepada keadaan.
Kalau perlu sampai kita terjatuh dulu pun takpelah.
Allah lebih tahu segalanya.

Ambil lah yang baik sahaja dari diri ini kerana itu lah dari Allah SWT & tinggalkan dan tolaklah yang buruk & tidak elok dari diri ini kerana itulah dari kelemahan & kesilapan diri Neen sendiri.

:)

Semoga Allah SWT berkati & rahmati setiap urusan dalam hidup kita semua. Baraka Allah.


Ikhlas, NN.

kecil-kecil, slow slow. Hanya mampu yang termampu. Semoga yang penting dipermudahkan & diberkatiNYA.

Insya Allah.

Wednesday, February 16, 2011

Truly blessed.

Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.
I'm truly blessed. Terima Kasih Ya Allah untuk semuanya.
ya untuk SEGALANYA dalam hidupku Ya Allah.

Coming in the next update beloved friends!
more to come!

"Fab Feb" people! :)

Much Love.

NN.


p/s : kenapa semakin jauh?

Tuesday, February 15, 2011

Cintaku.

" Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. "

antara bait bait & petikan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. ;((((

disaat saat terakhir nyawa Baginda, Baginda masih menyebut nyebut nama kita umatnya.

"ummati ummati ummati".

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? berfikirlah.Atau adakah kita sudah tersasar terlalu jauh?
Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasohbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Aku rindu padamu Ya Rasullulah. Aku cinta padamu Ya Rasullulah.

Salam Maulidur Rasul semua.
Selawat & Salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

- NN.

p/s : Maulidur Rasul tahun ini sebak yang terlalu amat. mungkin rasa rindu yang terlalu.
setiap tahun semakin terasa. mungkin baru tersadar, semakin meningkat usia, semakin pendek peluang untuk semuanya. sedar sebelum terlambat.


Thursday, January 20, 2011

boleh kan?



saya nak jadi wanita sehebat mak saya boleh?

saya nak suami saya nanti sekuat, sekental & seorang pembimbing macam ayah saya boleh?
saya nak suami saya nanti bersifat pelindung dan penyayang macam abang saya boleh?
saya nak suami saya nanti romantik macam adik saya boleh?

saya nak anak-anak saya nanti semanis & setulus macam kawan-kawan saya dan orang-orang disekeliling saya boleh?

pasti boleh kan? sebab saya percaya kalau kita hargai & hormati setiap orang dalam hidup kita,
Insya Allah bahagia hidup kita nanti & diberkati Allah. :)


Insya Allah.

thank you Allah for everything. I'm truly blessed.
Alhamdullilah. Alhamdullilah.


-NN.

Thursday, January 6, 2011

tak dekati tak selami tak kenal.

Berkawan.
Tak salah berkawan seberapa ramai pun. Tak salah juga mempunyai kawan-kawan yang pelbagai latarbelakang & cara kehidupan yang berbeza. Tak salah juga belajar & ambil sesuatu yang baik dari mereka. dan belajar menjauhi sesuatu yang kurang baik juga. tak semestinya kawan, semua perlu ikut kan?
Dalam persahabatan, jangan pernah menyesal. tanpa kita sedar sebenarnya, kita belajar banyak melalui persahabatan. tak terkira. samada negatif atau positif masih tetap pembelajaran buat kita. jangan senang menghukum seseorang. pokoknya hati. jangan mudah menghukum seseorang hanya kerana pergaulan nya. hanya kerana jenis kawan-kawan nya. hanya kerana cara persahabatan mereka. Insya Allah. cukuplah mereka berpegang kepada jalan Allah. masih kenal halal & haram. yang selebihnya kita serahkan kepada Allah. Allah lebih mengetahui kenapa terjadi sesuatu dan kenapa tidak terjadi sebaliknya. kita sebagai manusia & hambaNya tidak layak terlalu cepat menghukum. andai ada keburukan atau kekurangan dari mana-mana pihak persahabatan pun, berdoalah agar Allah perbaiki semuanya. Kadang-kadang kawan-kawan, kita tak tahu apa yang telah berlaku atau akan berlaku kepada sesuatu kejadian itu. cukuplah kita memohon kepada Allah agar lindungi kita & sentiasa pelihara kita. Allah lebih mengetahui. persahabatan itu sesuatu yang indah. andai kita tahu nilai & ertinya. Yang penting pandailah kita menjaga diri sendiri. tahu memilih yang baik & buruk. Dan ingatlah kawan-kawan, bila kita berkawan jangan takut untuk menegur. andai ada salah & silap. tetapi jangan lupa juga, cara menegur itu perlulah berhikmah. biarlah yang sedap didengar dan bukan yang berbekas berdendam dalam jiwa. lain pula jadinya. niat tegur kerana sayang.

" Terima kasih Ya Allah kerna kurniakan aku kawan-kawan & sahabat-sahabat yang mempunyai pelbagai latar belakang & cara kehidupan yang berbeza tetapi masih menghormati prinsip ku. yang masih menghormati ku & paling penting menerima aku seadanya sebagaimana aku menerima mereka seadanya. Jarang sekali aku mudah mentafsir seseorang tanpa aku mengenal mereka terlebih dahulu. Lebih senang aku mendekati mereka terlebih dahulu dengan sendirinya. dan terima kasih kepada kebanyakan kawan-kawan yang sering menjadikan aku tempat meluah perasaan. tempat berkongsi masalah & tempat rujukan. Ya Allah. walaupun kadang-kadang terasa berat dengan kepercayaan yang diberi tetapi Insya Allah, Allah bersamaku. aku sedar aku bukan yang layak, terbaik & sempurna tetapi cukuplah aku mampu menjadi pendengar yang baik & sahabat yang dipercayai. Alhamdullilah. "

Sabda Rasulullah SAW : " Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat "

Insya Allah.

sesungguhnya, tiada yang sempurna dalam dunia ini.
kita hidup untuk saling bantu membantu antara satu sama lain.
kita hidup untuk saling melengkapi.

" If you judge people, you don't have chance to love them. as simple as that. "

-NN.