Wednesday, March 28, 2012

sedikit sebanyak - part2

Assalammualaikum & apa kahabar semua? semoga semuanya sentiasa berada dalam jagaan Yang Maha Esa.

it's a been awhile after my very last post/entry. dan entry hari ini merupakan seperti yang di janjikan, sambungan kepada sedikit sebanyak part1.
bismillah ..

dengan rasa rendah diri, sejujurnya tiada lah yang 'extra' istimewa dalam penulisan kali ini, mungkin barangkali ada yang tertanya tanya mengenai entry yang tergendala ini .hakikat nya, hanya lah kerana kesempitan waktu dan masa untuk terus berkongsi dengan semua.

sedikit sebanyak tanggungjawab dan sedar diri. itu lah rasa dan perasaan yang paling ketara dan jelas buat masa sekarang yang ada dalam diri yang serba kerdil dan kekurangan ini. kehadiran 'nya' yang tidak di duga, tidak pernah di impikan, jauh sekali berharap, sedikit sebanyak bagai kan satu 'teguran' satu 'ingatan' satu 'rasa' yang di lemparkan oleh Yang Maha Esa buat hambaNya yang bernama Madeehah Nazneen bt Md Najib ini. 

awal cerita nya, rasa marah, rasa geram, rasa ter aniaya menebal dalam diri, ya rasa itu tidak salah, akan tetapi jangan dikesali apa yang TELAH terjadi, tetapi ambil lah dan cari lah apa sebenar nya hikmah di sebalik itu terjadi. bunyi nya seperti serius hakikat nya, hanya lah satu rasa yang terus membayangi dan bermain main di dalam hati. saat di sampai kan berita itu melalui teman teman, terkejut, marah, geram, tidak senang duduk, panas dan sedikit melenting singgah di sudut hati. Astagfirullah'alazim.. setelah kembali tenang, keputusan bersama berjaya mendapat sepakat dengan penuh ketenangan. walaupun tidak seperti yang di harap kan tetapi mungkin, 'teguran' Yang Maha Esa ini jauh lebih bernilai. "gambar tu tidak seperti gadis Melayu" itu lah rata rata memberi pandangan dan sebab utama kenapa itu 'terselit menjadi' pilihan. subhanaAllah, semua pinjaman Nya. kita tinggal kan mengenai itu, sudah selesai menjadi perbincangan tertutup.

apa yang mahu di kongsi bersama ialah, setelah kembali menilai, berfikir dan selami dengan tenang, rasional dan postitif nya, tersedar dan tersadung dengan barangkali ini 'teguran' Allah buat ku. sungguh indah, sungguh halus, sungguh cantik cara Allah 'menegurku'. SubhanaAllah. sejujurnya, dengan rasa rendah diri dan dengan kerdil nya, aku dapat rasa kan 'teguran' halus Allah ini sedikit sebanyak membuat aku sedar hikmah di sebalik ini semua. terbangun aku dari sadungan dan 'teguran' Allah itu, aku dapat rasa kan, ini satu tanggunggjawab. satu amanah, satu harapan, satu impian dan satu peringatan khususnya untuk diri ku sendiri yang boleh di kongsi kan bersama semua. 

di selitkan bersama hadith indah, hadith cantik, di letakkan di tempat tempat mulia sebagai peringatan dan pesanan buat kita semua, apakah tidak terdetik apa apa rasa di dalam hati? bayang kan hadith seindah ini, 

Rasulullah SAW bersabda : 
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"


 apa rasa bangga yang melekat di hati?
apa rasa teruja memenuhi hati?
apa rasa diri sudah cukup bagus?
apa rasa ini satu kejayaan kebanggaan dalam diri?

penuh jujur, dengan rasa sedar diri dan rendah diri, jawapan ku, TIDAK.sungguh, ini satu tamparan buat diriku. malu? YA. MALU KERANA AKU TAHU DIRI INI TERLALU JAUH DARI APA YANG DI PERKATAKAN DI DALAM HADITH INDAH ITU. MALU KERANA AKU  SANGAT JAUH, TERLUPA, TERLEKA SEKETIKA, MALU KERANA AKU SEOLAH OLAH MEMPERMAINKAN APA YANG DIPERKATAKAN dan yang paling utama, AKU MALU KERANA AKU LANGSUNG TIDAK LAYAK. aku tahu diri ku. aku tahu terlalu banyak kekurangan ku. tetapi  bila mungkin, 'ia' sudah tersebar jauh, secara tidak langsung, TANGGUNGJAWAB itu sedikit sebanyak timbul dalam diri ini. 'ia' di jadikan peringatan di jadikan pesanan indah dan mulia buat semua, tetapi 'wajah' yang 'terselit' itu sendiri masih terlalu banyak kurang nya, masih banyak yang perlu di perbetulkan dan sama sekali tidak layak untuk 'diselitkan' di situ.

dari situ, aku tersedar, terus tersedar, halus cukup cantik dan indah 'terguran' Allah ini. barangkali mungkin sudah tiba masanya, untuk aku berusaha, mencuba sedaya ku, kearah dan menghampiri bait bait hadith itu. aku sedar, bukan mudah, YA, bukan mudah, aku ulang lagi, SUSAH, semakin cuba semakin banyak dugaan nya tetapi aku percaya Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengasih. DIA mengetahui tahap keupayaan hamba-hamba NYA dan DIA setia bersama kita setiap waktu selagi kita setia bersama Nya. Izinkan aku  lebih mendekati Mu Ya Allah. aku tidak mengimpikan untuk menjadi yang terbaik di kalangan semua tetapi aku hanya ingin jadi yang lebih baik dari diri ku sendiri yang sebelum ini. aku terlalu serba kekurangan masih serba tidak tahu masih mahu merangkak rangkak belajar dan  masih cuba tercari cari untuk memperbetulkan diri sendiri. noktah.

terima kasih Ya Allah, terima kasih atas 'teguran', 'ingatan', 'pesanan' halus yang cukup indah ini. aku mohon di beri kekuatan hati dan tetapan hati untuk menjadi 'yang lebih baik dari diri ku yang semalam dan sebelum sebelum ini'. lindungi dan terus berikan aku petunjuk Mu Ya Allah. harapan ku, semakin 'ia' jauh berjalan dan buat yang sudi memilikinya, agar  yang  lebih penting, manfaatnya ada dan 'sampai' buat kita semua bersama, dunia dan akhirat InsyaAllah.

semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan & pentunjuk-Nya.
semoga Allah SWT merahmati kita semua dunia & akhirat. 
InsyaAllah.

" Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang diriku dari diriku sendiri, dan aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka.  
Ya Allah, Kau jadikanlah diriku lebih baik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkanlah dosa-dosaku tentang apa yang tidak mereka ketahui, dan janganlah Engkau seksakan aku dengan sebab apa yang telah mereka perkatakan " 

- Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

p/s : andai kau benar benar sahabat sahabat aku, tegur lah aku, ingat kan aku, perbetul kan aku. 
dear my little M, somehow, you are one of my inspirations, i know we are struggling so hard, we are trying very hard, istiqomah is all we need, InsyaAllah. Allah knows better. :')

NazneenNajib.

Thursday, March 8, 2012

sedikit sebanyak - part1

" aku kira, sedikit & sebanyak sebanyak itu 'tanggungjawab' "

next entry, InsyaAllah.

assalammualaikum.