Monday, April 30, 2012

bahagia sebenar.

assalammualaikum semua, semoga semua sentiasa berada di bawah lindungan Nya :')

" nampak happy bahagia memanjang, tak pernah sedih, down atau memang tak pernah sedih? macam mana boleh sentiasa tenang? tak pernah stress? "

soalan yang sering orang tanya. Neen simpulkan menjadi satu seperti di atas. mungkin sebab selalu nampak Neen senyum dan ketawa barangkali?

subhanaAllah, tipu lah lah kalau dalam sepanjang hidup ni kita tak pernah langsung rasa sedih, down, kecewa, frust, stress etc. tipu sangat. in fact, sejujurnya, jika Neen lihat hanya kepada kehidupan Neen semata mata selama 23 tahun ini, Neen ada terlalu banyak reason untuk kecewa atau frust atau sentiasa sedih. mungkin ramai susah nak percaya kan, tapi itu lah hakikat, itu fakta rahsia Neen. setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. dan ini lah cara yang Neen guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, frust atau pun kesedihan. seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan' nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan. apa kata kita jadikan mereka inspirasi? saat saat macam ni, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima & cara kita deal dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. tak kan nak terus hanyut dengan kejatuhan? nak terus hilang saat kekecewaan? 

antara apa yang mampu dan boleh Neen kongsi ialah :

1) sentiasa berfikiran positif & sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. jauhi & bencikan perasaan & tanggapan negatif. susah? ya, tapi sedar lah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2) senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. susah? saat pertama kali buka mata di pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyum lah kepada Nya, yang masih sudi memberi kita nyawa & kehidupan.

3) sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. masalah, kritikan mahupun pujian. susah? terima lah setiap kritikan demi untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab & amanah yang di harap kan. jadikan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik bukan punca stress.

4) ketepi kan memikirkan benda benda yang remeh & kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. susah? tidak, kurang kan mengambil tahu perkara perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi sesuatu yang kadang kadang hanya lah mempunyai unsur negatif dan aib.

5) rajin membaca/melihat/menonton bahan yang positif & berunsurkan ilmiah. susah? tidak. paling mudah, mulakan 'follow' sahaja mereka mereka yang berkata kata dengan kualiti dan baik di Twitter, sekurang kurang nya, setiap kali membaca memberi kesan kepada kita.

6) bergaul dengan mereka yang sentiasa positif & sentiasa berkata & beramal baik. susah? nanti tak ramai kawan? tidak. berkawan lah se ramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik & betul dari mereka itu rujukan. berpegang teguh lah dengan prinsip diri sendiri dalam berkawan.

7) lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelas kan kebaikan sesuatu. susah? sebab sentiasa nampak semua orang salah & kita betul? lihat & cermin kembali diri kita, jangan mudah rasa diri cukup sempurna & sentiasa betul. hidup ini, kita saling mengingati.

8) memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan syara' dan jauhi lah sekelumit pun perasaan kurang senang/dengki. susah? nanti dia lagi berjaya? bukan kah setiap rezeki kita sudah di tentukan Nya? berusaha & motivasi kan lah diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

9) sentiasa mengamalkan gaya & cara hidup yang betul & positif. jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah di tetapkan. susah? sebab takut nampak tak cool? nampak ketinggalan zaman? ingat, setiap perkara kita lakukan sekarang, akan 'dipertontonkan' kelak.

10) sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikir kan kesan akan datang yang bakal menyusul dari setiap tindakan kita. perlu berani? ya, benar, tapi jangan sampai di masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.

11) yang paling penting, sentiasa dekat kan hati dengan Nya. sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalan Nya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. susah? belum rasa 'rasa' itu? cari lah Allah, DIA sedang menanti kita, DIA rindukan kita.

sejujurnya bahagia yang di temani ketenangan itu lah erti bahagia yang sebenar. bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagia kan. tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha & berkat dari Nya. itu lah erti bahagia yang sebenar. sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah nya mampu membuat kita terus tenang & terus berjalan meneruskan kehidupan & mencari redha Nya. apa jua sekali pun, cara nya hanya lah kembali kepada Nya. percaya kuat Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hamba Nya. dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

" Attach your heart to Allah, and you will never be let down "
(Imam Zaid Shakir)





" aku menulis sekadar berkongsi daya ku, mampu ku, untuk semua. yang baik semua nya dari Allah, dan yang tidak baik itu, datang nya dari kekurangan diri aku sendiri "

Sunday, April 1, 2012