Saturday, July 24, 2010

takziah.

Pagi Khamis lepas i dikejutkan dgn satu berita yg sgt sgt sukar dipercayai. Seolah satu tamparan hebat buat i. Sebab apa? Sebab i sgt sgt adore dia. sbb i sgt sgt hormati dia. sbb i sgt sgt sanjungi dia. sbb i sgt menghargai dia. Nenek saudara i pulang ke rahmahtullah pagi Khamis lepas. Selepas my mum called pagi tu.. dlm keadaan masih terpinga2 i mcm blur seketika. mcm tak percaya. Haritu i baru jumpa Mak Teh( gelaran kami kepadanya ) Alhamdullilah. sihat nmpknya. Tapi mungkin.. Allah lebih sygkan dia. Pagi tu baru i sedar kenapa tatkala i sujud kepada-NYA malam sebelum itu, tertumpasnya air mata secara tiba-tiba. Tiba-tiba terasa sgt sayu & sebak. Mungkin terlalu rindu kepada-NYA & juga mungkin petanda bahawa i akan kehilangan seseorang yg i sangat sanjungi esok harinya. Malam sebelum itu i tertidur bertemankn air mata seolah-olah membawa petanda berita pemergiannya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. tempatkan dia dikalangan hamba-hambaMU yg beriman. Mungkin sebelum ini i tak pernah tunjuk betapa i menghargai dia.. betapa i sanjungi nya. Keperibadiannya yg cukup sempurna buat i menjadikan dia salah seorang idola i. Rendah diri cukup sebati dalam jiwanya. Berkat kesabarannya membantu i khatam Al-Quran sejak sekolah rendah lagi. betapa besarnya jasa dia kepada i. Itu belum termasuk dlm ajaran-ajaran secara am darinya. Disenangi ramai membuatkn i lagi kagum kepadanya. Yg lebih penting jiwanya masih sama. Dia lah ustazah terbaik i. Yg i akan kenang selamanya. Biar waktu hayatnya i kurang sekali menunjukkan betapa i menghargainya tetapi jauh di sudut hati i.. i sgt mengkagumi & menghargainya. Hanya Allah yg tahu. Semoga keluarganya lebih tabah & kuat menghadapi ini semua. Sesungguhnya Allah lebih sygkan dia. Al- Fatihah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat & diletakkan di kalangan hamba-hambaNYA yg beriman. Amin.


No comments: