Wednesday, September 8, 2010

Salam AidilFitri.

salam semua. buat keluarga.. kenalan di mana-mana.. dan sahabat-sahabat.
Entry kali ni 100 % pasal raya yea. :)

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. tinggal 2 hari je lagi. waaa sgt sedih. tak tahu kenapa.rasa sayu je. Ramadhan.. jangan lupa dtg lagi eh tahun2 depan.. ishk ishk. :(
hope Ramadhan tahun ni antara yg terbaik buat kita semua. Amin amin. :)

so cemana preparation raya kawan-kawan? dah cukup tak? as for me semua dah siap kot. tunggu nk pkai je. hehe. tahun ni ala kadar je. ntah lah semakin tua ni semakin simple raya. cewaahh. hehe.
Alhamdullilah. yg penting berkesempatan menyambut Raya. persiapan biar lah yg perlu je. betul tak? :)

Raya tahun ni mcm biasa. i akan beraya hari pertama dan seterusnya di Kelantan. kampung mak tercinta. esok malam Insya Allah bertolak. pagi esok plan ke Pekan, Pahang dulu kampung belah ayah tercinta untuk bertahlil dan ziarah kubur tok & tokki.

Dikesempatan ini ada a few things i nk ckp. I nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai i ada terbuat salah & silap dgn korang. or buat korang terasa. or even buat korang rasa annoyed. or apa2 lah yg boleh mendatangkan keburukan kepada perhubungan dan perkenalan kita. sumpah i tak pernah berniat pun nk sakitkan hati sape2.. nk buat jahat dkt sape2.. i hanya tahu untuk sayang orang-orang di sekeliling i. Life is too short to hate people. I selalu berpegang pada tu. I sayang semua orang yg ada dlm life i. I appreciate korang. so andai i ada tersalah bicara. terkasar bahasa. gurau senda tak berpada2 i minta maaf eh. niat i sebenarnya hanya lah untuk merapatkan lg ukhuwah kita semua. I sentiasa berdoa korang semua diberkati dunia akhirat. :)

I tak pandai berdendam. apatah lagi nk balas dendam. jadi korang jangan risau. andai ada salah & silap tu i tak amik pusing. i maaf kan setiap orang dan i tak pernah langsung simpan dalam hati. cara i senang. I maafkan setiap orang sebelum I tidur hari2. I senang cara mcm ni. Jadi bangun pagi semuanya indah & ceria. :)

To those yg nk balik kampung raya ni jgk.. drive safe yea. jangan drive laju2. tak kemana nya kampung korang tu. Ingat " biar lambat asalkan selamat " .. I doakan perjalanan korang semua selamat pergi & balik eh. :)

owh dan raya nanti andai ada yg sudi dtg ke rumah tu jemputlah. jangan segan2. bila Raya hari2 open house tau. so dtg je k.. bole jumpa beraya2. :)

and buat pembaca blog yg setia.. i sayang korang sangat sangat tau. yg sering comment & chat tu thanks sgt. i appreciate. sbb korang lah blog ni masih bernyawa. cewaaahh.. hehe. ye lah if tak de support dari korang tak mungkin i akan terus menulis. bloggers tersayang, andai ada entry or perkataan2 i yg kurang menyenangkan i mintak maaf sangat sangat eh. sumpah i TAK pernah niat nk tujukan dekat sape2. semuanya pasal life i sendiri. i memang suka menulis. i suka bercakap. i suka bercerita. :)

Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri i sendiri. Selagi i bernama manusia. Kesalahan itu sentiasa ada dan tak pernah lari dari buat kesilapan. :)

Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua. Maaf Zahir & Batin.
Semoga kita semua terus dirahmati Allah.

Ingatan Tulus Ikhlas.

6 comments:

NADIAH KAMARUZZAMAN said...

ololo..tomei..Selamat hari raya dear..=)

mira the monster said...

selamat hari raye..maaf zahir je batin xde..hehe :D

Anonymous said...

camat ari raya cayang <3 <3

shee said...

selamat hari raya sayang :D maaf zahir dan batin. sorry kalau akak ada buat apa apa salah secara sengaja atau tak. sorry kalau akak ade nakal nakal. cewah. hehehe nnt kita jumpa raya nanti ok? :*

Farhan-Isa said...

Hurm.. rasa tak lewat lagi nih kalo nak wish.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Jgn lupa upload gambar raya.. hehe~

Anonymous said...

Salaam.nice blog read sister Nazneen. mohibulalam.blogspot.com/