Wednesday, March 30, 2011

Yakinlah belum masanya.

Assalamualaikum & Hye semua!

Pernah tak rasa kecewa, rasa down & rasa sedih bila tak dapat sesuatu?

Mesti pernah kan? Inilah lumrah kehidupan. Kita selalu minta & nak sesuatu tapi kadang-kadang kita terlupa bahawa mungkin "belum masanya".


1) Dulu masa kecil kecil zaman sekolah kita suka kan keluar dgn kwn kwn tanpa risau keselamatan diri sendiri? yelah waktu tu kecil lagi muda lagi darah muda membuak buak. Bila mak & ayah ckp NO lagi lah nak pergi kan.
Tapi pernah tak kita fikir sebab apa mak & ayah tak bagi? TAK kn? sebab bila keinginan tu nak semua tak fikir dah. skrg bila dah besar, bila kepercayaan sudah ada bila mak & ayah tahu kita semakin matang pernah tak mereka halang? TAK kan? cuma kita lah kena tahu main peranan. jangan ambil kesempatan.
dulu tu "belum masanya."

2) Bila kita lakukan sesuatu walaupun sesusah & sepayah mana kita berusaha tapi pasti keputusannya atau hasilnya tak memuaskan kan? tapi bila kita buat sesuatu tanpa plan tanpa hope terlalu tinggi, keindahan tercipta. yang awal tu "belum masanya"

3) Jodoh. hmmmm selalu kan jadi persoalan bila seseorang tu lmbt berpunya atau bertemu seseorg pujaan hati? ada yg jwb belum ada jodoh ada yg jwb berlum bersedia ada yg jwb tak berminat tapi sebenarnya itu semua "belum masanya" kan? bila tibanya masa itu tiada siapa mampu menolak jodoh. :)

4) Bila kita berada didalam satu situasi yang tegang, yang mengikat kita dari bersuara & bertindak,
kawal lah hati. Jangan merumitkan lagi keadaan. biarlah orang berkata biarlah org mengata yg pasti kita bertindak dgn akal & Allah itu Maha Besar. Kebenaran satu hari pasti akan terbukti cuma mungkin masa itu "belum masanya"

5) Kalau kita di timpa dugaan yg berat, hanya satu caranya iaitu kuatkan semangat & dekatkan diri dengan Allah. Yang Maha Mengetahui. Mungkin dugaan itu tidak berakhir & terus berlanjutan tetapi ingtlah Allah mengatur segalanya. Kembali lah kpd Allah. mungkin DIA rindu kepada kita yang semakin jauh dariNYA. Dugaan belum berakhir dan terus semakin mencabar kerana "belum masanya" untk berakhir kerana Allah janjikan sesuatu yg terindah bila tiba masanya.

6) Bila kita perlu membuat sesuatu pilihan. tidak dinafikan sukar bukan memilih antara dua? yg termampu, pilih lah satu yg paling menyenangkan & rasa diredhaiNYA & ketahui lah bahawa yg di tinggalkan itu mungkin "belum masanya" untk dimiliki.

7) Bila kita lihat org org di sekeliling kita yang mempunyai segalanya. Jangan rasa kecil. yakin kan hati bahawa, ini semua "belum masanya" buat kita. 

Apa apa jua dalam hidup ini andai kita perlu tinggalkan & lupakan sesuatu, ingat lah mungkin semua ini "belum masanya" lagi. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 

:)

Final Exam semakin hampir. (Mine : 4th-11th April). Doakan saya & kwn kwn seperjuangan ye semua.
My dear IIUM brothers & sisters, I wish you all best of luck. May Allah make everything easy for us & May Allah be with us. All the best fil Imtihan. May Allah bless all. :)




p/s : Andai itu jalan terbaik. Aku terpaksa akur. Aku ikuti sahaja alurnya.

With Love.

NazneenNajib.

8 comments:

Lili Sakina said...

Terima Kasih sudi berkongsi 'Belum masanya'...Bitawfikwannajah!!!

Riha NCL said...

It such a nice entry, dear!
I love it!!!

MuNsYi SaMa said...

Setuju!

oh pernah rasa point no6. harap2 tak tersilap pilih. :)

bella dela rosa said...

love this nazneen.;)

masshie mastura said...

soo true :)

Rashid said...

assalam ..

hmm hmm ..

“Aku meminta pada TUHAN setangkai bunga indah, di beriNYA kaktus berduri. Aku memintaNYA kupu kupu, diberiNYA ulat bulu. Aku sedih dan kecewa. Namun... kemudian kaktus itu berbunga indah sekali. Ulat bulu itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan TUHAN, indah pada masanya. TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kala kita sedih, kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya, DIA sedang mengatur yang terbaik untuk hidup kita.”

Radin Fadli said...

orang itu sudah abis exam hehehe

Anna Azam said...

Awesome.. Suke topic nie.. :)