Friday, August 26, 2011

mohon maaf & terima kasih.


Assalamualaikum & Salam 26 Ramadhan 1432H semua.
Jumaat terakhir bulan Ramadhan pada tahun ini.

sekejap je kan Ramadhan semakin ke akhirnya. 4 hari je lagi akan berakhirnya Ramadhan. rasa sedih rasa sebak sebab macam masih belum puas lagi menikmati bulan yang penuh barakah & nikmat ini. semoga Ramadhan akan datang masih ada untuk kita semua. Aminnnn.

semoga semua amal ibadah kita pada sepanjang bulan Ramadhan kali ini di terima Allah & di berkati Nya. Insya Allah. Aminnn. Alhamdullilah. Ramadhan kali rasa semakin 'terisi' diri ini. terima kasih Ya Allah. semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Nya.

berakhirnya Ramadhan, tibanya Syawal. dalam kesibukkan kita teruja menyambut Syawal jangan di lupakan nikmat nikmat indah yang di janjikan Allah di akhir akhir Ramadhan ini. semoga kita terus dapat mampu memanfaatkan & menghargai hari hari akhir Ramadhan ini Insya Allah. semoga Ramadhan kita pada tahun ini membawa satu erti yang  sangat bermakna ke dalam hidup kita.

sempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi ni, Neen mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Lebaran buat semua. semua ahli keluarga, saudara mara, teman-teman, sahabat, kawan kawan, dan kepada semua lah. di kesempatan ini Neen memohon ampun & maaf andai ada apa apa kesalahan, kekurangan, kekhilafan yang datang dari diri Neen sendiri & mohon di halalkan segalanya sepanjang persahabatan & perkenalan kita semua. dan tak kira lah kita pernah bertemu atau tidak, kita pernah berkata kata atau tidak, tapi dengan kemudahan teknologi yang kita ada sekarang, merapatkan lagi persahabatan kita. biar kita tak pernah bersua berkata tetapi andai ada kekasaran & ketidak senangan rasa dalam apa bentuk penulisan Neen sebelum ini di sini, di Twitter mahupun di FB, Neen mohon maaf. semuanya sekadar untuk berkongsi & semua yang di kongsi hanya lah pengalaman dari diri Neen sendiri.

Buat yang bakal pulang ke kampung halaman masing masing, Neen doakan perjalanan kita semua selamat pergi & kembali. bagi yang memandu berhati hati & sentiasa lah tenang & sabar. Ingat lah orang orang tersayang. dan bagi yang lain, tidak kira pulang ke kampung dengan apa cara sekali pun berhati hati lah. bertimbang rasa & sentiasa tenang. kita semua mempunyai matlamat yang sama jadi saling bantu membantu & ingat mengingatkan. Insya Allah. semoga perjalanan kita semua dilindungi Allah.

dan peringatan untuk diri sendiri sebenarnya, bersederhana lah menyambut Syawal. ingat lah kepada mereka yang serba kekurangan. biarlah & cukup lah Syawal kali ini di sambut dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah.

thank you so much Nadia Hanim Nasser for making this " Let's Lend A Hand Together Project " possible & thank you everyone, those pretty ladies with beautiful hearts for making this event a success! May Allah bless us all. ♥

oh terima kasih juga kepada kawan kawan yang sudi hantar kad raya untuk Neen! yang ni Neen sangat sangat terharu. terima kasih sangat sangat. Neen mungkin tak sempat nak tulis balik & hantar semua balik tapi doa Neen sentiasa dengan awak awak semua yang sentiasa sweet dengan Neen. ada masa kita berjumpa, Neen bagi by hand je la eh? heee. terima kasih sekali lagi. awak awak semua sangat sweet!

di kesempatan entry ini juga Neen nak ucapkan bebanyak terima kasih majalah In Trend, September 2011 kerana sudi 'menumpangkan' blog Neen yang serba biasa & sederhana ini di dalam salah satu ruangan majalah mereka & di gandingkan di celah celah bloggers yang cukup awesome & memang ternama. terima kasih juga kepada kawan kawan yang tolong sampaikan ini kepada Neen, juga kepada mereka yang suggest kan blog Neen yang tak seberapa ni kepada pihak In Trend. sebenarnya jujur Neen cakap, banyak lagi blog lain yang way better & deserve dari blog Neen  yang sangat lah biasa ini. and even sebenarnya maybe benda ni nampak kecil je tapi sejujur nya ini satu penghargaan buat Neen sebab Neen sendiri tak pernah terfikir pun untuk terus menulis blog ni & awal nya semua nya sekadar untuk berkongsi. tapi Alhamdullilah. kepada yang sudi follow blog Neen yang tak seberapa ni, terima kasih sangat sangat. sebab awak awak lah saya terus menulis & dengan setiap comment & respond yang korang share dengan Neen, amat amat bermakna & berharga buat Neen. setiap kali ada yang share comment & pandangan mesti Neen cakap " eh, ada jugak orang sudi baca entry ni " .. heee. walaupun kadang kadang Neen rasa macam blog Neen ni blog budak kecil suka cakap sorang sorang. heee. apa apa pun, thank you eh semua. Insya Allah. ada peluang & ruang Neen akan sentiasa share & terus menulis di blog kecil ini.


mungkin sampai di sini dulu entry kali ini. Insya Allah Neen menulis lagi. sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. maaf zahir & batin & juga salam kemerdekaan negara tercinta buat semua rakyat Malaysia. semoga Allah merahmati kita semua. Aminnn.

NazneenNajib.
*away. balik kampung. yeayyyy! Kelantan Darul Naim, here I come!*

p/s : I'm truly blessed. Alhamdullilah. life is wonderful.

Monday, August 22, 2011

hadirnya pelangi.


Assalammualaikum & Hai semua.

pernah tak berada di dalam satu situasi di mana kita kena untuk terus attach & stick kepada sesuatu walaupun jauh di dasar hati kita tahu, ada sesuatu yang akan buat kita tidak lagi mampu stick untuk selamanya. mungkin sebelum ini kita percaya setiap benda, setiap perkara even setiap manusia itu mampu berubah dan pasti lah kita semua menanti kan sesuatu yang lebih baik tapi jika dalam satu masa itu masih sama tetapi kita tetap mampu bertahan, percaya lah itu semua sebab kita masih mengharapkan perubahan berlaku. mungkin kerana kasih, kerana minat, kerana impian, kerana budi. jauh di dalam hati kita letakkan harapan & percaya & ingin kan semua nya mampu & boleh berubah boleh di ubah. tetapi akan sampai satu masa hilang segala rasa suka itu, rasa attach itu. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA mengetahui sesuatu yang baik & buruk untuk kita, sesuatu yang kita harapkan & sesuatu yang kita terkilankan. DIA Maha Mengetahui apa yang jauh tersimpan di dalam hati hamba hamba NYA & DIA sentiasa bersama hamba hamba NYA yang berusaha & yang meminta petunjuk dari NYA. jadi, bila Allah dah letak kan titik noktah kepada sesuatu itu, jangan lah kita terlalu menangisi apa yang pergi apa yang hilang. bukan kah Allah pencipta kita? DIA jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. percaya lah dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan hikmah nya terlalu indah.  kenapa kita nak menolak sesuatu hanya kerana rasa yang sementara padahal kadang kadang kehilangan sesuatu itu lah yang terbaik buat kita walaupun bukan di dunia tapi yang lebih penting itu di akhirat kelak. Allah Maha Mendengar. katakan apa sahaja dengan NYA. hati semakin tenang. kadang kadang kita terlalu menangisi sesuatu apabila hilang dari kita sebab kadang kadang kita terlalu lambat untuk tersedar dengan hikmah yang bakal kita rasai kemudian nya. jadi langkah terbaik ada lah sentiasa meminta petunjuk Allah dalam apa jua sekalipun. setiap langkah kehidupan, setiap masalah, setiap dugaan, keinginan masa depan mahupun mengenai perhubungan sesama manusia. Insya Allah. moga ada jalan terbaik buat kita semua. pengalaman hidup setiap hari mengajar aku menjadi lebih kuat & tabah & tenang. sekarang aku semakin jelas dengan apa yang aku mahupun dalam hidup ini. Alhamdullilah. semoga Allah sentiasa bersama kita semua. Insya Allah.

" bila Allah letakkan titik noktah kepada sesuatu dalam kehidupan kita, redha kan. relakan. bisikkan pada hati, belum tiba masanya lagi dan Allah telah pun merencanakan sesuatu yang jauh lebih indah buat ku "


" Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi ENGKAUlah saksinya " 
- Maha Melihat, Opick feat Amanda.

.NazneenNajib.

Monday, August 8, 2011

" cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh akan selalu bersama cinta "

- thank you for sharing dear Bella Dela Rosa.

Saturday, August 6, 2011

assalammualaikum & salam 6 Ramadhan 1432H semua :)

Alhamdullilah. di saat ini kita masih diberi ruang & peluang oleh Allah SWT untuk menikmati setakat hari ini & yang paling indah, merasai Ramadhan lagi. ketika ini, melayang memori bersama teman teman seperjuangan, saudara mara yang terlebih dahulu di jemput Illahi sebelum sempat menikmati lagi Ramadhan tahun ini. Al-Fatihah. doaku agar mereka tenang di sana & tergolong bersama hambaNYA yang soleh & solehah. Aminn.
masa kami bakal tiba dan seperti mereka juga, Ramadhan akan datang belum janji milik kita. hargai & manfaat kan lah masa yang ada. cuba agar tidak melupakan &  tidak meninggalkan ibadah yang wajib & rebut serta kejarlah yang sunat agar mendapat 'cinta suci' di sebalik Ramadhan ini. Insya Allah.

mungkin entry ini agak terlewat sedikit. sudah Ramadhan ke enam. apa apa pun, 
selamat menyambut bulan yang penuh kesucian, Ramadhan Al-Mubarak buat semua.
mohon maaf & mohon di halalkan segala semua salah silap & kekhilafan yang pernah datang dari diri Neen sendiri secara sengaja ataupun tidak sengaja. itu semua kelemahan dari Neen sendiri. semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi antara Ramadhan yang terbaik buat kita semua. mari kita sama sama berusaha sucikan hati, dekat kan diri dengan Yang Maha Esa, melakukan sekecil kecil perubahan ke arah yang lebih baik dalam diri seterusnya menjadi hambaNYA yang lebih baik. Insya Allah. semoga di permudahkan jalan kita semua & semoga segala amal ibadat kita diberkatiNYA & diterimaNYA dunia & akhirat.
Insya Allah. Aminnn.

bukan sekadar Ramadhan akan datang belum pasti milik kita, tetapi esok juga belum tentu masih ada untuk kita. manfaat kan hari hari kita, saat saat yang kita ada dengan sesuatu yang baik & yang akan menjadi bekalan kita kelak. :')

jom sama sama kita doakan yang terbaik buat semua. dunia & akhirat. Insya Allah.

Ahlam Wahsahlan Ya Ramadhan.

-NazneenNajib.