Thursday, November 10, 2011

faham memahami persefahaman

perbualan antara ayahanda, bonda & puteri tunggal nya di satu petang di temani minuman petang.

sambil memegang surat khabar, " punca berpisah sekarang mostly sebab tiada lagi persefahaman. " - kata bonda.
" tapi sedih kan yang mana yang dah berpuluh puluh tahun semua tu " - kata si anak gadis.
" isu persefahaman ni bukan senang. memang banyak give and take " - sambung bonda lagi.
" persefahaman itu perlu di fahami, di lahirkan & di usahakan " - jelas ayahanda.
" oh macam mana tu Ti(panggilan buat ayah dalam keluarga kami)? " - dengan muka penuh rasa ingin tahu aku.

" persefahaman ini di mana kita mencari sesuatu titik. titik yang benar. titik yang elok. titik yang baik. persefahaman hanya akan wujud bila kita dua dua pegang teguh dengan ajaran agama. sebab, hanya agama yang mampu mengajar seseorang sesuatu yang perlu dilakukan dan sesuatu yang perlu di tinggalkan. persefahaman akan wujud bila kita faham dan menerima/akur sesuatu itu betul atau sesuatu itu salah. tapi macam mana kita nak faham tu? hanya dengan tahu nya agama Islam, berpegang nya dengan hukum Allah. dan kita akan tahu hak kita, limit kita dan peranan kita masing masing. sebelum kita nak laksana kan, kita kena faham, nak faham kena tahu, hanya dengan ada nya ilmu dan pegangan, kita tahu. tapi jangan pernah lupa, kita berusaha yang menentukan semua nya juga hanya Allah SWT. kejar lah berkat dalam setiap usaha kita. InsyaAllah." - sempurna dari ayahanda.

bonda tersenyum lebar bersetuju.
aku angguk tersenyum mengerti.

terima kasih ayahanda terima kasih bonda.
:')

p/s : setiap orang berlainan pendapat tetapi yang benar itu kekal utuh.





4 comments:

Milimilo said...

Kenapa indah sangat ayat2 ni. Tak jemu saya baca. Terima kasih ayahanda n bonda awak sbb buat sy terinspirasi sekali. :')

Shereen Yahya said...

skrg baru sy mengerti . thanks k.neen sbb sudi share . & thanks to ur parent too .

TanpaNama said...

sama di sini..terkesan dengan kata-kata itu..terima kasih kerana berkongsi :D

oshinz said...

naz, nasihat ni best. i copy eh.. thanks!!