Sunday, September 5, 2010

Surat Buat Bakal Suamiku.

Kadang kala dalam sesebuah perhubungan itu ada sesuatu yang tak mampu diungkap. Samada perlu difahami sendiri atau perlukan pengalaman bagi memahaminya. Kadangkala sesuatu nampak remeh di mata lelaki tetapi besar ertinya di hati wanita.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita pantang ditegur kekurangan diri walhal mereka kemudian nya menyedari kebenaran itu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita cukup benci kepada sikap bongkakmu, kata-kata manismu dan egomu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu cukup sensitif hati dan perasaan nya. Lebih baik terus diam daripada berkata andai kata-kata itu mampu melukakan hatinya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita rasa cukup bahagia andai kamu bersedia berjumpa kedua ibu bapanya bila-bila masa.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa berharga dan dilindungi andai kamu langsung tidak menyentuhnya sehingga halalnya perhubungan itu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa selamat di samping mu andai kamu sentiasa menjaga pandangan mu dan tingkah laku mu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan merasakan kamu lah pembimbing terbaik nya andai kamu berani dan mampu menegur memperbetulkan kesalahan dalam perbuatannya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan menadah tangan penuh kesyukuran tatkala mendengar kamu mengetuai bacaan doa-doa harian.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mampu menitis kan mata kesyahduan dan penuh syukur andai kamu berkesempatan mengimami sembahyang berjemaah.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita mampu cair mendengar kelunakan kamu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan berasa cukup bahagia andai kamu sering mendahulukan ibumu dan keluargamu dari segalanya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan mencintai kamu andai kamu mencintai sepenuhnya agamamu, mencintai keluarganya dan keluargamu, hormati keluarganya dan keluargamu tanpa menyakiti hati mereka.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan merasakan dirinya lah yang paling cantik dan indah andai kamu menerima dirinya seada nya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mahukan seorang LELAKI sebagai suaminya. LELAKI yang mampu membawa nya ke jalan yang benar. Membawanya semakin dekat kepada Allah. LELAKI yang bakal mengimami solat jemaah mereka sekeluarga. LELAKI yang akan mengetuai bacaan doa-doa harian. LELAKI yang mampu menjawab segala kemusyikan anak-anak kelak. LELAKI yang mampu mengawal keluarga. LELAKI yang mengenal erti tanggungjawab dan akhirnya LELAKI yang mampu menjadi idola kepada setiap bapa-bapa.

calon suami kita entah di mana sekarang. Semuanya ditangan Allah. Kita kena yakin Allah pun mencintainya sebagaimana DIA mencintai kita . Kita kena yakin DIA kini tengah melatih mereka menjadi LELAKI yang tabah hingga kami pun bangga memiliki mereka kelak.

5 comments:

Azzam?? said...

wait up.. a bit confused di sini.. -_-

"Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita pantang ditegur kekurangan diri walhal mereka kemudian nya menyedari kebenaran itu."

"Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan merasakan kamu lah pembimbing terbaik nya andai kamu berani dan mampu menegur memperbetulkan kesalahan dalam perbuatannya."

NazneenNajib said...

salam en Azzam. owh.. mcm ni..

maksud ayat pertama : wanita kurang gemar di banding-bandingkan. :)

maksud ayat kedua : jadilah lelaki yang berani menegur demi untuk kebaikan. jangan sampai kerana terlalu syg semuanya betul. :)

Mieya said...

Salam. Akak, mieya mintak izin copy entry ni yea. Nanti mieya letak credit dekat entry tu yea :)

NazneenNajib said...

Salam adik. sila sila. thank you btw eh. :)

My MoMoPi said...

Salam cik Naz...

suka sgt ayat dalam surat ni...
suma yg u tulis ni mmg ciri2 yg i consider utk calon suami i..
still, that guy x berapa tahu lg ciri ni yg i nk.. so... blh x i mintak share this letter kat dia??
at least.. he got to know how he should behave to be my BEST husband in the future...

Regards,
Zahid Momopi