Wednesday, November 24, 2010

Cantik.

  • Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

  • Jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

  • biarlah cantik itu kerana Allah.

  • Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

- Himpunan dari article2 terindah & terhebat iluvislam.com. :)

Saturday, November 20, 2010

Ringkas tapi Sempurna. :)


Salam & Hye readers semua. and beloved followers for sure!

heeee. tiba tiba teringat pasal apa yg i nk post ni sebab td baru lepas tgk pics mereka yg sumpah sweet! last Ahad i tgk NONA at tv3 tu. Wedding slot dia tnjuk wedding si cantik Bienda & husband.
Masya Allah. i suka tgk wedding dia! just perfect! semua cantik! seriously. haiiihhhh.
ok kita tinggal kan part tu. Just i nk share ialah bila mereka ditemu bual mengenai keistimewaan pasangan masing-masing yg boleh buat mereka bersatu.
i tak ingt sepenuhnya tapi seakan mcm ni :

Bienda : " suami saya ckup sempurna sebagai pembimbing & pelindung saya dunia akhirat. "
suami : " Bienda ni ciri wanita melayu yg dah pupus. saya bersyukur sebab saya antara yg masih mempunyai dia. dia terlalu istimewa. "

aha. simple je nmpk kan jwpn dia? cuba selami betul2. sgt sweet. mereka jwb dengan cukup ringkas tapi penuh makna. Masya Allah.
betul. sebab seorang isteri mmg memerlukan seorang pembimbing & pelindung sejati dlm hidup ni. cukup lah itu untuk pelengkap hidup. dan jawapan si suami pula cukup menerangkan betapa dia menghargai & akan menjaga si isteri smpai ke akhir hayat nya.

yes kadang-kadang cukup lah sesuatu itu simple tapi sempurna kan?

semoga Allah berkati perkahwinan mereka dan semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat sampai syurga.
Amin.


- NN.

Thursday, November 11, 2010

DUNIA bak kata Mak. :)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Lindungi lah aku dari segala fitnah dunia.
Peliharalah aku daripada setiap kemungkaran.
Permudahkan liku liku kehidupan ku.
Tabahkan hati ku.

Sesungguhnya aku hanya lah hamba Mu yang kerdil & lemah.
Yang sentiasa memerlukan bimbingan & petunjuk MU sebagai kekuatan.


- NN.

Monday, November 8, 2010

Bonda's.

Puteriku,
Jadilah seperti rama-rama.
Bebas terbang. Bebas hidup.
Tetapi ada pelindung diri.
Ada pendirian diri.
Jadilah seperti rama-rama.
Kerna rama-rama semakin ingin didekati
semakin sukar untuk disambar apatah lagi untuk ditangkap dijinakkan
dan di miliki.

Dunia ini semuanya indah. inilah namanya Syurga Dunia.
buatlah & carilah kebaikan sebanyak mungkin. jauhi segala keburukan & kemungkaran.
Jangan leka. Jangan lalai.
bersiaplah. masih ada dunia seterusnya menanti kita kelak.

- pesanan bonda tercinta.


Terima Kasih mak. neen sayang & cinta mak sampai mati.
Neen akan ingat ini sampai bila-bila.

Friday, November 5, 2010

bisik hatiku.

Alhamdullilah. Thank you Allah.
I cant thank you enough for everything I have.

super perfect family.


super wonderful people & friends around me.


super awesome life.


aku bersyukur. cukup lah dengan apa yang ada. cukuplah. ini cukup membahagiakan.
yang pasti janji Allah itu memang benar.
semua pinjaman dunia. bersyukurlah & hargailah sementara ada. takut esok bukan lagi milik kita.

hargailah setiap orang yang pernah hadir dlm hidup kita. secara langsung atau tidak. kita semua saling memerlukan. bagi yang kekal bersama kita terima kasih. kita akan terus bersama. bagi yang pergi dahulu menyahut panggilan Illahi, nantikan pula kedatangan kami satu masa nanti. kita kembali bertemu. bagi yang terus meninggalkan kita tanpa sebab & rasa kurang senang, maafkan diri ini. sebab saya tak mampu membahagiakan semua orang.

setiap peluang & ruang dlm kehidupan boleh jadi titik permulaan kepada kebaikan dan juga boleh jadi titik bermulanya kejatuhan. berwaspadalah. didiklah akal berfikir dengan bijaksana.
pilih lah yang mana baik. buang lah segalanya yang busuk. Tapi jangan takut andai satu hari kita jatuh, melompat lah agar terus bangun dan kembali mencapai awan. Biarpun betapa sukarnya keadaan itu.

Subhana Allah. Allahu Akbar.
pokoknya, kembalilah kepada Allah untuk segalanya.


tiada yang terus sempurna & mudah dlm sepanjang kehidupanku sampai saat ini.
jatuh & bangun saling berganti tanpa jemu.
tetapi hanya satu.

aku bersyukur. rasa kesyukuran ini sebenarnya menyempurnakan & memudahkan kehidupanku.

Baraka Allah.