Tuesday, February 15, 2011

Cintaku.

" Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. "

antara bait bait & petikan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. ;((((

disaat saat terakhir nyawa Baginda, Baginda masih menyebut nyebut nama kita umatnya.

"ummati ummati ummati".

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? berfikirlah.Atau adakah kita sudah tersasar terlalu jauh?
Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasohbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Aku rindu padamu Ya Rasullulah. Aku cinta padamu Ya Rasullulah.

Salam Maulidur Rasul semua.
Selawat & Salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

- NN.

p/s : Maulidur Rasul tahun ini sebak yang terlalu amat. mungkin rasa rindu yang terlalu.
setiap tahun semakin terasa. mungkin baru tersadar, semakin meningkat usia, semakin pendek peluang untuk semuanya. sedar sebelum terlambat.


1 comment:

Nor Syakirah binti Saiful Azahar said...

Kakak, I miss him too. Sedih baca pasal Nabi kita ni. Nabi Muhammad terlalu menyayangi umatnya. Tiap masa tanyakan kita. Ya Allah, Ki rasa bersalah sangat dgn Nabi kita :'(