Thursday, July 21, 2011

" DUA BULAN & SEHARI "

assalamualaikum & hai semua. :)

pagi ini ada kelapangan jadi tertarik sangat nak buat 'review' mengenai
"DUA BULAN & SEHARI/TWO MONTHS & A DAY"
eh apa tu? 
aha. bagi yang baru pertama kali dengar, meh saya buat kawan kawan semua rasa rugi kalau tak beli lagi zine indah ni. 

" paling mudah kau ingat, senyum aku yang kau curikan "

Friday, January 7
" hari tanpa yang di sayang "

ini kali pertama
tiada sepatah khabar dalam dua puluh empat jam
tak apa, aku masih doakan dia
selamat dan sihat sepanjang usianya
selama ketiadaanku
biar kita jauh
kau masih dekat di sini
di hati ini.

-adiwafi.

ini antara bait bait indah hasil nukilan hati halus insan bernama AdiWafi.
itu baru serangkap saya kongsikan & yang ini merupakan antara favourite saya di antara semua puisi hasil karyanya. mahu tahu cerita seterusnya segeralah dapat kan zine romantika ini eh! sejujurnya, saya sendiri cukup tertarik dengan setiap penggunaan bahasa, cara penyampaian & juga jalan penceritaan. cukup ringkas tapi cukup meninggalkan kesan. saya sendiri dapat rasakan rasa yang ingin diluah kan di dalam setiap bait bait. mungkin sebab saya juga merupakan pencinta puisi puisi indah atau memang naluri wanita itu lembut atau zine ini benar benar indah? jawapan saya?
sudah pasti lah ke tiga tiga nya sekali. keseluruhan nya menceritakan kisah percintaan si penulis bersama si cinta hati sejak hari pertama mereka bersama & sehingga lah ke akhir nya. nak tahu perjalanan percintaan & perhubungan mereka bersama selama "DUA BULAN & SEHARI" ni? cepat cepat beli dan saya yakin apa yang cuba di sampaikan oleh penulis sedikit sebanyak dapat kita rasakan manis nya, perit nya, sedih nya, kuat nya hembusan & tamparan sebuah rasa bernama "cinta".

klik di sini untuk maklumat pembelian okay!
one word to describe, berbaloi!
so cepat cepat dapatkan & sama sama kita merasai & berkongsi perkongsian rasa hati si penulis.

ini pula personal blog penulis dimana salah satu medium dia guna kan juga untuk
berkongsi rasa.



ini saya punya. kepunyaan awak awak bila lagi?
:)

.NazneenNajib.

Monday, July 18, 2011

jauh khayalan ku kau bawa.


kau datang lagi
sekadar
memberi senyuman yang sama
memberi harapan yang sama
kau hanya sentuh terus ke sedalam 
hati ini

tapi sayang
beberapa detik itu kau sepi
kembali hilang
tinggalkan aku keseorangan
dalam penuh persoalan
dengan penuh rasa
yang pasti senyuman itu
janji
seakan akan kembali
bila tiba masanya nanti

semakin hilang
semakin jauh kau pergi
bersama angin itu
tinggalkan aku meratapi
bukan pemergian mu
tapi persoalan ku
soalan yang tiada jawapan
rasa yang tak terungkap ini
siapa kau?

-NazneenNajib.2011


ahhhh. Ya Allah! mimpi lagi rupanya. terbangun terduduk. 
terdiam. jauh benar khayalan ku kau bawa.

Ya Allah. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya. aku berserahkan segalanya kepada Mu Ya Allah.
sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buat hamba hamba Mu Ya Allah.
aku memohon perlindungan dari Mu dan aku memohon petunjuk Mu.

Friday, July 15, 2011

senyum tawa ku.


Assalammualaikum & hai semua. :)




Persahabatan. entry kali ini memang dedikasi khas buat teman, sahabat, kawan sejati. yea. mungkin orang akan sedikit keliru di sini, tapi yang dimaksudkan ialah, mereka yang saya boleh bergantung harap dan simpan dan hargai mereka sampai akhirnya. mereka yang saya akan ingat & kenang selamanya biarpun sekiranya jodoh persahabatan kami tak di panjang kan Allah SWT. mereka akan sentiasa saya kenang dalam doa. yes. some might say, kawan tu kan boleh ramai ramai. I second that. kawan memang ramai. cuma yang di maksudkan di sini ialah mereka yang saya anggap lebih istimewa & sangat indah & sejati.

hmm okay. let's move further. mungkin ciri ciri or tanda tanda yang boleh saya tunjukkan bila saya anggap mereka kawan, sahabat & teman yang saya anggap istimewa & saya boleh percaya ialah bila :

  1. saya boleh menangis depan mereka.
  2. saya berkongsi setiap/separuh apa yang berlaku dalam hidup saya.
  3. saya bagi tahu dia saya percayakan dia. dan saya benar benar maksudkan. saya sangat susah nak percaya orang. jadi bila saya katakan, saya maksudkan. 
  4. saya jadi diri saya yang sebenar benar. bukan bermaksud saya tidak real di depan yang lain tetapi saya hormati mereka yang mungkin sedikit berbeda. tak semua orang boleh terima cara kita bukan?
  5. saya boleh berkongsi setiap berita gembira & sedih dengan mereka.
  6. saya suka melawak & menyakat mereka. sehari tak kacau rasa tak complete hari itu.
  7. saya akan sentiasa bertanya khabar tentang mereka walaupun sekecil mana effort itu.
  8. saya selesa dengan mereka 1001%.
  9. perangai 'keanak-anakan' dalam diri saya boleh terserlah bila bersama mereka.
  10. saya tidak malu berkongsi kekurangan diri.
  11. mereka sentiasa dalam ingatan saya walaupun di mana saya berada.setiap dari mereka sudah saya labelkan atau gambarkan dengan sesuatu agar setiap kali saya terlihat benda itu terus relate ingatan saya kepada mereka.
  12. saya boleh menjadi 'hyper' & 'gila-gila' sehabis mungkin.
  13. saya sentiasa ada masa untuk mereka walau sesibuk mana sekalipun.
  14. saya looking forward untuk setiap pertemuan.
  15. saya rasa sunyi, saya perlukan seseorang, mereka lah saya cari.
  16. saya boleh berbual tanpa henti & sentiasa ada topic perbualan. saya boleh bercakap tanpa henti dengan mereka. kalau boleh tak nak berhenti bercakap bila setiap kali kami mula bercakap.
  17. ohhh bila saya boleh menyanyi nyanyi bersama mereka & bila saya jadi 'sweet' sikit sikit dengan mereka. hadududu.
  18. saya boleh buat 'kerja gila' bersama mereka.
  19. saya ingat setiap tarikh tarikh istimewa mereka & cuba sedaya upaya tidak pernah lupa.
  20. saya mengambil berat bukan sekadar diri mereka tetapi juga ahli keluarganya.
  21. saya terima mereka seadanya. bukan fizikal atau latar belakang mereka yang saya pandang. tapi hati mereka.
  22. saya tidak pernah berkira dalam apa jua keadaan bersama mereka.
  23. saya sentiasa ada plan untuk ber aktiviti/spend time bersama mereka.
  24. saya dapat rasa kami saling melengkapi antara satu sama lain & boleh menjadi penyokong kepada satu sama lain. 
  25. saya boleh menangis & ketawa BERSAMA mereka. 
  26. saya boleh bergantung harap & saya rasa selamat bersama mereka.
  27. mood di kongsi bersama. mereka sedih saya sedih. mereka gembira saya double gembira.
  28. saya kadang kadang jadi tegas atau garang 'sedikit' dalam beberapa perkara sebab saya sayang mereka sangat sangat sangat.
Alhamdullilah. rasa nya itulah antara tanda tanda yang menunjukkan saya sangat sangat selesa dengan mereka. haaa lepas ni korang boleh lah check eh saya macam ni tak dengan korang? hehe. *joking!
tapi saya tahu mereka tahu siapa mereka. yang saya care & ambil berat lebih lebih sikit tu haaa betul lah tu! ehem! aha!
kenapa mereka? senang je. sebab bila hati sama sama boleh membaca hati. sebab mereka terima saya seadanya. dan sebab mereka bukan sahaja sentiasa mengi-YA kan saya tapi juga berkata NO andai sesuatu itu tetap salah. sentiasa nasihat menasihati & ingat mengingati kepada yang lebih baik dan sentiasa be there untuk saya during my ups & downs.

saya tertarik & berpegang kepada pesanan Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya yang berbunyi,


“Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

betul kan? so korang, saya tahu korang tahu siapa korang kan? heee. kalau still nak buat buat tak tahu, haa pergi check dekat list atas tu. :P .. hehehe. so just nak cakap thank you to each one of you for everything. kita macam satu keluarga yang besar, ada kakak, ada abang, adik adik, ada ayah, ada mak. heeee. comel kan?
from the bottom of my heart, thank you for everything korang. saya appreciate setiap perkara yang korang pernah buat untuk saya & appreciate everything pasal korang. sorry tau kalau ada yang saya TERsakitkan hati & menyusahkan semua. semua sumpah tiada niat. to be honest, I thank Allah SWT for having you guys in my life. one of those great things in my life. Alhamdullilah. May Allah bless our friendship till the end of time. Insya Allah. and remember too korang, you can count on me because I can count on you. saya ada untuk korang macam mana korang sentiasa ada untuk saya. our love is endless. saya doakan & akan sentiasa doakan friendship kita selamanya. Insya Allah. doa saya sentiasa untuk korang. bahagia dunia & akhirat.

FRIENDS FOREVER.



I Turn To You by Christina Aguilera.lagu ni memang khas untuk each one of korang okay. one of my all time favs. so setiap kali kalau korang terdengar lagu ni ingat saya okay? :") *ok cepat cepat dengar tau*

" sekali saya katakan, selamanya saya maksudkan "

from the bottom of my heart,
Madeehah Nazneen Bt Md Najib. 
xoxo.


Wednesday, July 6, 2011

only time heals the pain.



It hurts when you put all this time and energy into someone and it falls apart like it was never there. 
yes. it was like NEVER there.

I need strength Ya Allah. 

p/s : mending the broken pieces. 
thank you for always being there awesome people. you know who you are. :")
it takes time but I'll be okay. don't worry.