Doa Buat Palestin.
Membantu berdasarkan kemampuan masing2.
Sukar untuk menahan rasa sedih dan pedih hati apabila membaca atau mendengar laporan berkaitan Palestin setiap hari. Sudah 2 minggu lebih serangan dilakukan dan Ia semakin ganas. Sekitar 550 warga Palestin yg tidak berdosa kehilangan nyawa termasuk kanak-kanak kecil, wanita serta orang-orang tua dan majoritinya ialah orang awam. Jelas sekali, rejim Zionis melakukan penjajahan secara fizikal dan cube menghilangkan Palestin daripada peta dunia!. Persoalan utama sekarang ape jenis bantuan yang benar-benar dikira membantu?. Satu soalan yang kerap menyoal diri ini. Hakikatnya, kita semua boleh membantu berdasarkan kemampuan masing-masing. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani’ seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda atau terlalu ‘berjasa’ seperti anda.
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis yang sangat popular ertinya : “ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah dengan tangannya, siapa yang tidak mampu cegahlah dengan lisannya ( perkataan @ tulisan ), siapa yang tidak mampu cegahlah dengan hatinya ( iaitu dengan rasa benci ) “
Oleh itu, bantulah saudara kita di Palestin dengan salah satu langkah di bawah :
Bantuan tenaga dan diri.
- Pergilah ke medan Palestin jika anda mampu dan dengan penuh keikhlasan
Bantuan Harta.
Bantuan Doa.
- Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam.
1) Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu.
2) Doa ketika sujud dalam setiap solat.
3) Khatib bacalah doa untuk Palestin pada hujung khutbah Jumaat.
4) Doa’- Doa’ maqbul yang lain.
Solat Hajat.
- Lakukan lah secara individu atau berjemaah dan teruskanlah.
Menyertai demonstrasi aman.
- Sertailah dengan aman dan memakmurkan.
Ceramah
- Jika anda berkemampuan, berilah ceramah mengenai dengannya dan jika tidak sekurang-kurangnya hadiri ceramah berkaitan dengannya.
- Perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan AS. Hantar surat, bantahan, petisyen, memorandum kepada kedutaan AS, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar kami mendampakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
Hasil Tulisan Zaharuddin Abd Rahman
Pensyarah Perbankan Dan Kewangan Islam UIAM.
No comments:
Post a Comment