Tuesday, December 14, 2010

Antara Dua.

Salam & Hye semuaa.

entry kali ni I nk share tentang "pilihan" atau dlm kata lain "antara dua"..
yang mana eh nk pilih? A ke B? atau C lagi baik? bila buat pilihan kita pilih yang lebih baik atau kita pilih yang selamat atau kita pilih yang dtg kebaikan kepada kita smpai bila-bila atau kita pilih mengikut kata hati mengikut pentunjukNYA? bilaa kita berkata soal "pilihan" dan "antara dua" ni, tak semestinyaa hanya melibatkan perhubungan. Pilihan boleh jadi dalam semua bentuk kn?
boleh jadi dlm pilihan hidup. boleh jadi dlm pilihan benda kegemaran. boleh jadi dlm mcm-mcm.
tak terhitung rasanya. setiap perkara kita buat mesti kena buat pilihan. sebab apa ye?
sebab kita mmg perlu berfikir baik & buruk sebelum buat keputusan agar tak menyesal kemudian hari. Lately, I byk sgt kena buat pilihan. Dan terasa sgt sgt sukar. Kalau dulu time muda-mudi,
alaaa yg mana fun yang tu lah kita pilih kan? tapi skrg lain. dan lebih baik kita berfikir dulu sebelum menyesal dengan keputusan yg kita buat tu nanti. Dlm kehidupan I setiap benda I kena buat pilihan. dan sakit bila dua-dua ada kelebihan. tapi kdg-kdg kita tak tahu, akan datang, salah satu dari pilihan kita tu akan membawa padah & susah kepada kita. Tapi, jangan risau kwn-kwn. Jangan risau tersalah buat pilihan pun sebab kita semua belajar dari kesilapan. dan kdg-kdg juga, pilihan yg awal-awal kita rasa salah sebenarnya membawa kebahagiaan & sebaliknya. vice versa. Jadi, sekali buat keputusan, jangan takut untuk teruskan. sebab kita tak pasti apa menanti kita masa depan. Andai yg baik datang, bersyukur & hargai lah. Tapi andai yg sebaliknya datang, belajar lah untuk menjadi lebih cekal & tabah. Tak rugi hidup penuh cabaran & dugaan kwn-kwn. seriously. Orang yg mampu lalui kehidupan yg penuh mencabar dengan gembira & jayanya ialah org-org yang sangat tabah,cekal,sabar & pasti akan berjaya. Bila tiba masa kita perlu buat sesuatu pilihan antara dua, tak kiralah mengenai masa depan, jodoh kita, perkara dlm kehidupan seharian pun, yg penting kita mohon petunjuk Allah. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Minta petunjuk agar dipermudahkan membuat pilihan & mohon agar terhindar daripada membuat keputusan yang kurang baik. istikarah kwn-kwn. dlm apa hal sekalipun yg memerlukan kita membuat keputusan. sekurang-kurangnya kita berusaha & pasti petunjuk Allah itu akan tiba. Sejujurnya, I sangat susah dlm membuat keputusan, apatah lagi melibatkan hati, melibatkan org-org sekeliling, melibatkan masa depan, melibatkan kehidupan harian dan sebagainya. Tapi I temui jalan yg cukup sempurna. andai I masih blur atau kelabu dlm membuat keputusan, I segera menyerahkannya kepada Allah SWT. setiap perbuatan I buat I sentiasa berkata dlm hati " Ya Allah, andai ini terbaik buat aku, permudahkan lah, andai tidak, jauhkanlah serta merta" .. dan kwn-kwn. Alhamdullilah. so far, I lebih tenang & senang dgn setiap keputusan yg I dah buat. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Alhamdullilah. sampai saat ini, andai satu pilihan I buat itu tidak begitu baik, I dpt rasa kurang senang lantas I terus mampu menukar pilihan atau pun andai tiada pilihan lagi, I terus bersedia dengan sebarang kemungkinan akan berlaku. Akhirnya I tak pernah terkilan dengan setiap pilihan yg I buat. Andai ada pun satu dua tu, I akhirnya belajar sesuatu. belajar untuk tabah & redha. dan kemudian lambat laun pelangi turut hadir seterusnya. Alhamdullilah. :)

kwn-kwn, dlm apa jua kita lakukan, mohon lah petunjuk Allah. biarpun perkara itu sekecil zarah.
Sesungguhnya Allah SWT pemberi rezeki. Allah SWT pengampun dosa & Allah SWT pemberi petunjuk kepada kita dunia & akhirat. Mohon lah petunjuk dari Allah andai satu hari kita perlu membuat "pilihan antara dua" . sesungguhnya, keredhaan Allah SWT itu yang kita cari. dan Insya Allah berbahagialah kita dengan keputusan kita itu nanti. :)

I sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa kwn-kwn.
Yang baik datang dari Allah, yang kurang baik datang dari diri I sendiri.
WaAllahualam.

- NN.

3 comments:

Pqa Mn :) said...

i love to read every single word kak nazneen..
btol ape yg kak neen smpikan..
keredhaan Allah penting..
n always doa utk mmbuat sesautu pilihan..
either baik @ sbliknye,, bersedia hadapi smue 2...
:)

Anonymous said...

I've been looking around for a good limewire alternative as they seem to be hard to come by these days ever since limewire as shut down..

anyways check the one below that i found and let me know what you guys think!

The best[url=http://limewirealternative.org] Limewire Alternative[/url] for file sharing needs that I could find!

kembatolo™ said...

pilih tuk kebaikan diri sendiri.
yg boleh bagi manfaat.. tak gitu?