Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432.

Salam Maal Hijrah 1432 kawan-kawan.

Semoga tahun baru kali ini membawa lebih banyak penghijrahan lebih baik dalam diri kita sendiri.
Dari sekecil-kecil penghijrahan sehinggalah sebesar-besar penghijrahan.
Takpe, kecil atau besar itu bukan ukuran. Yang penting berjaya dilaksanakan.
Semoga Allah terus merahmati, memberkati dan meredhai kehidupan kita semua dunia & akhirat.
dan Semoga penghijrahan kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya dan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Tabahkan hati, Kuatkan semangat, Bersihkan nurani, dan Sucikan jiwa.
Insya Allah.
Ayuh kita mulakan tahun baru dengan sesuatu yang mampu memperbaiki diri kita sendiri kepada yang lebih baik dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT.


Ya Allah, kurniakan kami rahmat Mu & berkat Mu demi kejayaan & kebahagiaan kami dunia & akhirat.


- NN

1 comment:

dira aziz said...

salam maal hijrah sis nazneen:D:D:D