Assalamualaikum & Salam 26 Ramadhan 1432H semua.
Jumaat terakhir bulan Ramadhan pada tahun ini.
sekejap je kan Ramadhan semakin ke akhirnya. 4 hari je lagi akan berakhirnya Ramadhan. rasa sedih rasa sebak sebab macam masih belum puas lagi menikmati bulan yang penuh barakah & nikmat ini. semoga Ramadhan akan datang masih ada untuk kita semua. Aminnnn.
semoga semua amal ibadah kita pada sepanjang bulan Ramadhan kali ini di terima Allah & di berkati Nya. Insya Allah. Aminnn. Alhamdullilah. Ramadhan kali rasa semakin 'terisi' diri ini. terima kasih Ya Allah. semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Nya.
berakhirnya Ramadhan, tibanya Syawal. dalam kesibukkan kita teruja menyambut Syawal jangan di lupakan nikmat nikmat indah yang di janjikan Allah di akhir akhir Ramadhan ini. semoga kita terus dapat mampu memanfaatkan & menghargai hari hari akhir Ramadhan ini Insya Allah. semoga Ramadhan kita pada tahun ini membawa satu erti yang sangat bermakna ke dalam hidup kita.
sempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi ni, Neen mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Lebaran buat semua. semua ahli keluarga, saudara mara, teman-teman, sahabat, kawan kawan, dan kepada semua lah. di kesempatan ini Neen memohon ampun & maaf andai ada apa apa kesalahan, kekurangan, kekhilafan yang datang dari diri Neen sendiri & mohon di halalkan segalanya sepanjang persahabatan & perkenalan kita semua. dan tak kira lah kita pernah bertemu atau tidak, kita pernah berkata kata atau tidak, tapi dengan kemudahan teknologi yang kita ada sekarang, merapatkan lagi persahabatan kita. biar kita tak pernah bersua berkata tetapi andai ada kekasaran & ketidak senangan rasa dalam apa bentuk penulisan Neen sebelum ini di sini, di Twitter mahupun di FB, Neen mohon maaf. semuanya sekadar untuk berkongsi & semua yang di kongsi hanya lah pengalaman dari diri Neen sendiri.
Buat yang bakal pulang ke kampung halaman masing masing, Neen doakan perjalanan kita semua selamat pergi & kembali. bagi yang memandu berhati hati & sentiasa lah tenang & sabar. Ingat lah orang orang tersayang. dan bagi yang lain, tidak kira pulang ke kampung dengan apa cara sekali pun berhati hati lah. bertimbang rasa & sentiasa tenang. kita semua mempunyai matlamat yang sama jadi saling bantu membantu & ingat mengingatkan. Insya Allah. semoga perjalanan kita semua dilindungi Allah.
dan peringatan untuk diri sendiri sebenarnya, bersederhana lah menyambut Syawal. ingat lah kepada mereka yang serba kekurangan. biarlah & cukup lah Syawal kali ini di sambut dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah.
thank you so much Nadia Hanim Nasser for making this " Let's Lend A Hand Together Project " possible & thank you everyone, those pretty ladies with beautiful hearts for making this event a success! May Allah bless us all. ♥
oh terima kasih juga kepada kawan kawan yang sudi hantar kad raya untuk Neen! yang ni Neen sangat sangat terharu. terima kasih sangat sangat. Neen mungkin tak sempat nak tulis balik & hantar semua balik tapi doa Neen sentiasa dengan awak awak semua yang sentiasa sweet dengan Neen. ada masa kita berjumpa, Neen bagi by hand je la eh? heee. terima kasih sekali lagi. awak awak semua sangat sweet!
di kesempatan entry ini juga Neen nak ucapkan bebanyak terima kasih majalah In Trend, September 2011 kerana sudi 'menumpangkan' blog Neen yang serba biasa & sederhana ini di dalam salah satu ruangan majalah mereka & di gandingkan di celah celah bloggers yang cukup awesome & memang ternama. terima kasih juga kepada kawan kawan yang tolong sampaikan ini kepada Neen, juga kepada mereka yang suggest kan blog Neen yang tak seberapa ni kepada pihak In Trend. sebenarnya jujur Neen cakap, banyak lagi blog lain yang way better & deserve dari blog Neen yang sangat lah biasa ini. and even sebenarnya maybe benda ni nampak kecil je tapi sejujur nya ini satu penghargaan buat Neen sebab Neen sendiri tak pernah terfikir pun untuk terus menulis blog ni & awal nya semua nya sekadar untuk berkongsi. tapi Alhamdullilah. kepada yang sudi follow blog Neen yang tak seberapa ni, terima kasih sangat sangat. sebab awak awak lah saya terus menulis & dengan setiap comment & respond yang korang share dengan Neen, amat amat bermakna & berharga buat Neen. setiap kali ada yang share comment & pandangan mesti Neen cakap " eh, ada jugak orang sudi baca entry ni " .. heee. walaupun kadang kadang Neen rasa macam blog Neen ni blog budak kecil suka cakap sorang sorang. heee. apa apa pun, thank you eh semua. Insya Allah. ada peluang & ruang Neen akan sentiasa share & terus menulis di blog kecil ini.
mungkin sampai di sini dulu entry kali ini. Insya Allah Neen menulis lagi. sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. maaf zahir & batin & juga salam kemerdekaan negara tercinta buat semua rakyat Malaysia. semoga Allah merahmati kita semua. Aminnn.
NazneenNajib.
*away. balik kampung. yeayyyy! Kelantan Darul Naim, here I come!*
p/s : I'm truly blessed. Alhamdullilah. life is wonderful.