Wednesday, December 29, 2010

Without realizing it sometimes.
Allah SWT always has 3 replies to our prayers :

YES or YES but not now or I have a better plan for you.
There's NEVER a NO. :") .

SubhanaAllah! :)

Yes. Allah SWT knows better. :)

Monday, December 27, 2010

untitled.




p/s : dear beloved followers & loyal readers. I'm so sorry. I've been keeping myself busy lately. on off fever. new semester started. tough subjects. boyfriend got sick & admitted. ;((((
KL-Kuantan-KL. everything back-to-back.

so many things yet so little time.
more to come sweethearts! and oh yea.
Congrats Malaysia football team! 3 beautiful goals. we are so proud of our boys! well done everyone!
yes. Malaysia Boleh! :)

btw, I just wanted to say & share that I had another great & awesome weekend with beloved family, cousins, sisters & friends! A pretty busy & hectic weekend but one word to describe it was just PERFECT!
i believe you know those weekends where you don't want them to end? arghhh! I want more please?

- NN.

Saturday, December 25, 2010

:)


p/s : Hello friends especially My Darling Cynthia Alexander! Wishing you and your loved ones peace, health, happiness and prosperity in the coming New Year! May you have a wonderful Christmas! .. see you tomorrow!

26th.

Ti & Mak,

what a blessing the both of you have been to 3 of us. So much to be thankful. Alhamdullilah. We thank Allah SWT as HE made it so. Thank you so much for everything. No doubt that we have the best mum & dad ever! You both are the biggest part in our life & no one can change that. May Allah SWT bless us all.

Happy 26th Anniversary Ti & Mak. We love you both more than anything. Cinta hingga hujung nyawa.

With LoveLoveLove, The 3 awesome NN : Naqeeb.Nazneen.Nafees.

The dinner was perfect! PERFECT! Thank you Allah. YES. for everything. :)

Tuesday, December 14, 2010

Antara Dua.

Salam & Hye semuaa.

entry kali ni I nk share tentang "pilihan" atau dlm kata lain "antara dua"..
yang mana eh nk pilih? A ke B? atau C lagi baik? bila buat pilihan kita pilih yang lebih baik atau kita pilih yang selamat atau kita pilih yang dtg kebaikan kepada kita smpai bila-bila atau kita pilih mengikut kata hati mengikut pentunjukNYA? bilaa kita berkata soal "pilihan" dan "antara dua" ni, tak semestinyaa hanya melibatkan perhubungan. Pilihan boleh jadi dalam semua bentuk kn?
boleh jadi dlm pilihan hidup. boleh jadi dlm pilihan benda kegemaran. boleh jadi dlm mcm-mcm.
tak terhitung rasanya. setiap perkara kita buat mesti kena buat pilihan. sebab apa ye?
sebab kita mmg perlu berfikir baik & buruk sebelum buat keputusan agar tak menyesal kemudian hari. Lately, I byk sgt kena buat pilihan. Dan terasa sgt sgt sukar. Kalau dulu time muda-mudi,
alaaa yg mana fun yang tu lah kita pilih kan? tapi skrg lain. dan lebih baik kita berfikir dulu sebelum menyesal dengan keputusan yg kita buat tu nanti. Dlm kehidupan I setiap benda I kena buat pilihan. dan sakit bila dua-dua ada kelebihan. tapi kdg-kdg kita tak tahu, akan datang, salah satu dari pilihan kita tu akan membawa padah & susah kepada kita. Tapi, jangan risau kwn-kwn. Jangan risau tersalah buat pilihan pun sebab kita semua belajar dari kesilapan. dan kdg-kdg juga, pilihan yg awal-awal kita rasa salah sebenarnya membawa kebahagiaan & sebaliknya. vice versa. Jadi, sekali buat keputusan, jangan takut untuk teruskan. sebab kita tak pasti apa menanti kita masa depan. Andai yg baik datang, bersyukur & hargai lah. Tapi andai yg sebaliknya datang, belajar lah untuk menjadi lebih cekal & tabah. Tak rugi hidup penuh cabaran & dugaan kwn-kwn. seriously. Orang yg mampu lalui kehidupan yg penuh mencabar dengan gembira & jayanya ialah org-org yang sangat tabah,cekal,sabar & pasti akan berjaya. Bila tiba masa kita perlu buat sesuatu pilihan antara dua, tak kiralah mengenai masa depan, jodoh kita, perkara dlm kehidupan seharian pun, yg penting kita mohon petunjuk Allah. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Minta petunjuk agar dipermudahkan membuat pilihan & mohon agar terhindar daripada membuat keputusan yang kurang baik. istikarah kwn-kwn. dlm apa hal sekalipun yg memerlukan kita membuat keputusan. sekurang-kurangnya kita berusaha & pasti petunjuk Allah itu akan tiba. Sejujurnya, I sangat susah dlm membuat keputusan, apatah lagi melibatkan hati, melibatkan org-org sekeliling, melibatkan masa depan, melibatkan kehidupan harian dan sebagainya. Tapi I temui jalan yg cukup sempurna. andai I masih blur atau kelabu dlm membuat keputusan, I segera menyerahkannya kepada Allah SWT. setiap perbuatan I buat I sentiasa berkata dlm hati " Ya Allah, andai ini terbaik buat aku, permudahkan lah, andai tidak, jauhkanlah serta merta" .. dan kwn-kwn. Alhamdullilah. so far, I lebih tenang & senang dgn setiap keputusan yg I dah buat. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Alhamdullilah. sampai saat ini, andai satu pilihan I buat itu tidak begitu baik, I dpt rasa kurang senang lantas I terus mampu menukar pilihan atau pun andai tiada pilihan lagi, I terus bersedia dengan sebarang kemungkinan akan berlaku. Akhirnya I tak pernah terkilan dengan setiap pilihan yg I buat. Andai ada pun satu dua tu, I akhirnya belajar sesuatu. belajar untuk tabah & redha. dan kemudian lambat laun pelangi turut hadir seterusnya. Alhamdullilah. :)

kwn-kwn, dlm apa jua kita lakukan, mohon lah petunjuk Allah. biarpun perkara itu sekecil zarah.
Sesungguhnya Allah SWT pemberi rezeki. Allah SWT pengampun dosa & Allah SWT pemberi petunjuk kepada kita dunia & akhirat. Mohon lah petunjuk dari Allah andai satu hari kita perlu membuat "pilihan antara dua" . sesungguhnya, keredhaan Allah SWT itu yang kita cari. dan Insya Allah berbahagialah kita dengan keputusan kita itu nanti. :)

I sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa kwn-kwn.
Yang baik datang dari Allah, yang kurang baik datang dari diri I sendiri.
WaAllahualam.

- NN.

Sunday, December 12, 2010

Back to school!

Salam & Hye semuaaaa.

nikmat cuti yang betul betul cuti TAMAT.

Hello New Semester!

All the best to me & beloved friends.

May Allah SWT bless all & make everything easy for us. Insya Allah.
Work harder Neen! Remember, " it's easy to see but hard to foresee "



" A vision is not just a picture of what could be. It is an appeal to our better selves, a call to become something more "


terima kasih byk byk my wonderful family & awesome friends sebab mengindahkan hari-hari cuti saya!
nanti cuti kita plan lagi macam-macam ok?
takecare semua.
Jumpa lagi next entry soon. Insya Allah.


Tuesday, December 7, 2010

realiti kehidupan.

Salam & hye semua. I'm back! untuk menulis lagi! heeee.

Betul kata org, kehidupan yg real ini adalah guru terbaik. betul.. apa yg kita pernah alami, sedang alami dan akan alami merupakan satu ilmu yang kita terus praktikkan dalam kehidupan seharian.
satu ilmu yg tak mungkin kita dpt melalui buku teks dan even pembelajaran dalam class semata-mata.

Pengalaman. itulah cikgu terbaik dlm dunia setakat ini. tak dinafikan.
bila kita jatuh, kita belajar untuk bangun. sebab apa? sebab kita nk terus berjalan.
bila kita lemas, kita belajar untuk timbul. sebab apa? sebab kita nk terus bernafas.
bila kita lompat, kita belajar untuk mencapai apa yg kita nk tu. sebab apa? sebab kita nk berusaha memilikinya.
bila kita berlari, kita belajar untuk mampu berhenti di tgh jalan. sebab apa? sebab kita nk sambar setiap peluang & ruang yg ada sepanjang larian kita.
bila kita ketawa, kita belajar untuk berkongsi tawa dgn org lain. sebab apa? sebab kita mahu org lain turut gembira.
bila kita menangis, kita belajar untuk kesat airmata. sebab apa? sebab kita tahu setiap kegagalan itu adalah titik permulaan sesuatu.
bila kita duduk, kita belajar untuk bersila. sebab apa? sebab kita tak nak kita lupa asal usul kita dan dari mana kita bermula.

sesungguhnya kwn-kwn kita tak kan mampu menggapai awan kalau kita tak terus melompat dari tanah tanpa henti.

pengalaman membuatkan kita semakin kuat. pengalaman membuatkan kita semakin tabah.
pengalaman membuatkan kita tak patah semangat. pengalaman membuatkan kita berani.
pengalaman mengajar kita apa itu kepayahan. pengalaman mengajar kita apa itu erti sebenar kegembiraan. pengalaman mampu menjadikan kita 'seseorang'. pengalaman juga mampu merubah jati diri seseorang. dan hanya pengalaman yang mencerminkan keadaan sebenar sebuah kehidupan.

setakat ni I bersyukur, I sangat bersyukur sebab selama 21 tahun I hidup I boleh katakan I hargai setiap pengalaman hidup I. Yang sedih? Yang gembira? semua ni yg buat I jadi siapa I sekarang. I mengaku mungkin skrg I semakin tabah. I semakin kuat. dan I semakin berani.
sebab sepanjang hidup I, I tak pernah lari daripada kesusahan, kepayahan untuk I capai sesuatu. Jadi, jgn salahkan I kenapa I sgt tabah, kuat dan cekal. Kesusahan & kepayahan dlm apa-apa pun sepanjang hidup I, I jadikan sebagai api untuk membakar smgt I sendiri. I sudah lali barangkali. I pernah jatuh tersungkur 1 masa dulu.
tapi I bangun & bangkit balik dan terus berusaha dgn semua kekuatan yg ada.
Terima kasih Ya Allah, Yang Maha Besar. Yang Maha Pengasih.

Dan sekarang ni, jatuh sungkur I bukan penghalang utama I untk terus melangkah ke depan dlm kehidupan. Ini bukan untuk mendabik dada Nauzubillah jauh sama sekali, tapi sebenarnya, I nk bgtau kwn-kwn semua, I nk share, I nk kwn-kwn semua positif yg sebenarnya kita semua sama. samada kita sedar atau tak je yg kita ada kekuatan tu. cuma mungkin kita perlu lebih positif dan cuba untuk percaya kepada diri sendiri. Ingt, Allah bersama hamba-hambaNya yg sentiasa berusaha tanpa rasa penat & lelah. Insya Allah semua org boleh jadi kuat, tabah & cekal.
Dugaan, kepayahan & kesusahan itu sebenarnya kegembiraan kita masa hadapan.

Jangan mengalah, Jangan putus asa, Jangan cepat kecewa kwn-kwn.
Insya Allah. ada pelangi menanti untuk kita nnt.
tiada sesiapa yg sempurna dlm hidup ini. Tetapi kita sendiri mampu meletakkan tahap kesempurnaan hidup kita sendiri. pilihlah & berfikirlah. yg pasti kekurangan bukan penghalang.

Hidup ada pahit ada manis kwn-kwn. Tapi kalau kita tahu nk buat yg pahit jadi manis,
bertambah-tambah lah kemanisan hidup kita.

indah bukan? :)



Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432.

Salam Maal Hijrah 1432 kawan-kawan.

Semoga tahun baru kali ini membawa lebih banyak penghijrahan lebih baik dalam diri kita sendiri.
Dari sekecil-kecil penghijrahan sehinggalah sebesar-besar penghijrahan.
Takpe, kecil atau besar itu bukan ukuran. Yang penting berjaya dilaksanakan.
Semoga Allah terus merahmati, memberkati dan meredhai kehidupan kita semua dunia & akhirat.
dan Semoga penghijrahan kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya dan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Tabahkan hati, Kuatkan semangat, Bersihkan nurani, dan Sucikan jiwa.
Insya Allah.
Ayuh kita mulakan tahun baru dengan sesuatu yang mampu memperbaiki diri kita sendiri kepada yang lebih baik dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT.


Ya Allah, kurniakan kami rahmat Mu & berkat Mu demi kejayaan & kebahagiaan kami dunia & akhirat.


- NN

Sunday, December 5, 2010

501.


Masya'Allah! I've reached over 500 blog followers!

dearest friends..

thank you very much for being one of my blog followers.
I cant thank you enough for this. You guys are one of the reasons why I keep writing and this blog is still alive.
Honestly, I'm not using blog or even my tumblr just to gain followers in fact, I'm NOT a famous blogger though, NazneenNajib is nobody but it is only because I can express myself freely here yet by sharing my daily activities and my thoughts, I can get more friends and the most important thing is I can share my happiness with all of you and the same goes to you guys. You feel me & I feel you.
remember friends? sharing is caring! :)


Seriously I never thought I would be in love with blogging this much.
I never thought of having all those awesome & amazing followers.
As you all know, this blog is totally about me & my life.
sometimes it can be so boring too. It is just a plain blog I would say.
I'm so sorry for all those lame posts if you think there is any. I can't please everybody.that's impossible!
Some might say " alah.. 500 je! " .. " alaa baru sikit! " .. but to me, it is something big and a good start as I told you this blog is just a plain boring blog.
But thank you very much guys for staying, keep reading, keep visiting and keep commenting my blog. I appreciate everyone of you. I Love You all truckloads. Alhamdullilah.

May Allah bless you all.
And feel free to talk with me. And feel free to correct me if or once I've committed mistakes.
We live to correct one & another, we live to inspire one & another, we live to support one & another and we live to motivate one & another.
Keep reading & visiting friends! Lots more to come!

Thank you Allah for giving me a bunch of wonderful people around me.

Much Much Love.
NazneenNajib.


Baraka Allah.

Friday, December 3, 2010


Taken from Pretty Fantastic wordpress.
Photo by Lara Jade Photography.

indeed. This girl’s work is fabulous!

SOON! ;)

Wednesday, November 24, 2010

Cantik.

  • Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

  • Jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

  • biarlah cantik itu kerana Allah.

  • Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

- Himpunan dari article2 terindah & terhebat iluvislam.com. :)

Saturday, November 20, 2010

Ringkas tapi Sempurna. :)


Salam & Hye readers semua. and beloved followers for sure!

heeee. tiba tiba teringat pasal apa yg i nk post ni sebab td baru lepas tgk pics mereka yg sumpah sweet! last Ahad i tgk NONA at tv3 tu. Wedding slot dia tnjuk wedding si cantik Bienda & husband.
Masya Allah. i suka tgk wedding dia! just perfect! semua cantik! seriously. haiiihhhh.
ok kita tinggal kan part tu. Just i nk share ialah bila mereka ditemu bual mengenai keistimewaan pasangan masing-masing yg boleh buat mereka bersatu.
i tak ingt sepenuhnya tapi seakan mcm ni :

Bienda : " suami saya ckup sempurna sebagai pembimbing & pelindung saya dunia akhirat. "
suami : " Bienda ni ciri wanita melayu yg dah pupus. saya bersyukur sebab saya antara yg masih mempunyai dia. dia terlalu istimewa. "

aha. simple je nmpk kan jwpn dia? cuba selami betul2. sgt sweet. mereka jwb dengan cukup ringkas tapi penuh makna. Masya Allah.
betul. sebab seorang isteri mmg memerlukan seorang pembimbing & pelindung sejati dlm hidup ni. cukup lah itu untuk pelengkap hidup. dan jawapan si suami pula cukup menerangkan betapa dia menghargai & akan menjaga si isteri smpai ke akhir hayat nya.

yes kadang-kadang cukup lah sesuatu itu simple tapi sempurna kan?

semoga Allah berkati perkahwinan mereka dan semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat sampai syurga.
Amin.


- NN.

Thursday, November 11, 2010

DUNIA bak kata Mak. :)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Lindungi lah aku dari segala fitnah dunia.
Peliharalah aku daripada setiap kemungkaran.
Permudahkan liku liku kehidupan ku.
Tabahkan hati ku.

Sesungguhnya aku hanya lah hamba Mu yang kerdil & lemah.
Yang sentiasa memerlukan bimbingan & petunjuk MU sebagai kekuatan.


- NN.

Monday, November 8, 2010

Bonda's.

Puteriku,
Jadilah seperti rama-rama.
Bebas terbang. Bebas hidup.
Tetapi ada pelindung diri.
Ada pendirian diri.
Jadilah seperti rama-rama.
Kerna rama-rama semakin ingin didekati
semakin sukar untuk disambar apatah lagi untuk ditangkap dijinakkan
dan di miliki.

Dunia ini semuanya indah. inilah namanya Syurga Dunia.
buatlah & carilah kebaikan sebanyak mungkin. jauhi segala keburukan & kemungkaran.
Jangan leka. Jangan lalai.
bersiaplah. masih ada dunia seterusnya menanti kita kelak.

- pesanan bonda tercinta.


Terima Kasih mak. neen sayang & cinta mak sampai mati.
Neen akan ingat ini sampai bila-bila.

Friday, November 5, 2010

bisik hatiku.

Alhamdullilah. Thank you Allah.
I cant thank you enough for everything I have.

super perfect family.


super wonderful people & friends around me.


super awesome life.


aku bersyukur. cukup lah dengan apa yang ada. cukuplah. ini cukup membahagiakan.
yang pasti janji Allah itu memang benar.
semua pinjaman dunia. bersyukurlah & hargailah sementara ada. takut esok bukan lagi milik kita.

hargailah setiap orang yang pernah hadir dlm hidup kita. secara langsung atau tidak. kita semua saling memerlukan. bagi yang kekal bersama kita terima kasih. kita akan terus bersama. bagi yang pergi dahulu menyahut panggilan Illahi, nantikan pula kedatangan kami satu masa nanti. kita kembali bertemu. bagi yang terus meninggalkan kita tanpa sebab & rasa kurang senang, maafkan diri ini. sebab saya tak mampu membahagiakan semua orang.

setiap peluang & ruang dlm kehidupan boleh jadi titik permulaan kepada kebaikan dan juga boleh jadi titik bermulanya kejatuhan. berwaspadalah. didiklah akal berfikir dengan bijaksana.
pilih lah yang mana baik. buang lah segalanya yang busuk. Tapi jangan takut andai satu hari kita jatuh, melompat lah agar terus bangun dan kembali mencapai awan. Biarpun betapa sukarnya keadaan itu.

Subhana Allah. Allahu Akbar.
pokoknya, kembalilah kepada Allah untuk segalanya.


tiada yang terus sempurna & mudah dlm sepanjang kehidupanku sampai saat ini.
jatuh & bangun saling berganti tanpa jemu.
tetapi hanya satu.

aku bersyukur. rasa kesyukuran ini sebenarnya menyempurnakan & memudahkan kehidupanku.

Baraka Allah.



Friday, October 22, 2010

Itu life?

It's almost 3.30 AM but i masih awake!
ok. sebab test esok. so mmg masalah paling ketara nk exam or test. mata tak boleh tutup sebab otak berfikir. haihhh.

just got back from group discussion. study group cmtu laaaa. heee.
with beloved Esah & Eah & Sya. dah nk habes2 mcm biasa lah kan. cerita keluar dr topic plak. heeeee.

hey people. kadang-kadang apa lagi kita nak dalam hidup ni? kadang-kadang terlupa nk bersyukur eh?
or saja buat buat lupa dengan semua yang dah ada? tak syg diri sendiri? tak syg keluarga?
paling penting.. sanggup tgk mak & ayah kita menangis sebab kita? enough people! enough!
jadilah manusia yang berfikir panjang. kalau tak boleh panjang pun berfikirlah dengan bijaksana.
sampai bila kita nk buat semua tu? sampai bila? sampai mati dah dekat? sampai kita sakit tak boleh sihat? ingatlah.. dunia ni sementara je. sebagai bekalan kita nnt di akhirat.
beringat-ingat lah sepanjang hidup ni. tak ikut cara hidup mereka 'tiada life' katanya?
hahaha. mcm lawak sikit. mereka tahu tak apa makna 'life' tu sebenarnya?

berfikirlah. sementara diberi kesempatan.
Allah itu Maha Pengampun.

*tersentak i dengar cerita ni. tak sangka kawan-kawan. tapi bagus sebagai peringatan diri sendiri juga. Nauzubillah.


Thursday, October 21, 2010

Have faith in yourself!

Pahit getir hidup dan pengorbanan.Terpaksa dihadapi, demi kejayaan.
Terdidik sejak mula, tabah berusaha.Tanpa cuba melangkah, tak kemana.
Di mana kau berada.Pencapaian tak tiba dengan mudah.
Harapan yang pernah terkulai layu.Kembali segar mekar bawah bayanganmu.
Setiap manusia ingin berjaya.Namun tak semua miliki tuah.
Engkau menghampirinya.Kesempatan telah pun tiba.

Ella - Standing in the eyes of the world.

Saturday, October 16, 2010

Mereka semua tahu tapi buat-buat tak tahu.

Mengertilah. Andai masih mahu bersahabat.

Thursday, October 14, 2010

Saat rasa jatuh.
Saat rasa berat.
Saat rasa luluh.
Saat rasa lemah.
Saat rasa tidak berdaya.
Saat rasa menyerah kalah.
Saat rasa kecil.
Saat rasa tidak tenang.

Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.

Thursday, September 30, 2010



Kawan-kawan..
jangan takut untuk menegur. Saya hargai setiap teguran.
jangan sebar fitnah. sebab sakitnya tak terkata.
jangan cepat menghukum saya. berilah saya peluang untuk berubah.
jangan tuduh saya. tanyalah kepada yang benar.

selagi bernama manusia.. kesalahan sentiasa ada. berilah ruang & peluang.

May Allah bless all.






Wednesday, September 8, 2010

Salam AidilFitri.

salam semua. buat keluarga.. kenalan di mana-mana.. dan sahabat-sahabat.
Entry kali ni 100 % pasal raya yea. :)

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. tinggal 2 hari je lagi. waaa sgt sedih. tak tahu kenapa.rasa sayu je. Ramadhan.. jangan lupa dtg lagi eh tahun2 depan.. ishk ishk. :(
hope Ramadhan tahun ni antara yg terbaik buat kita semua. Amin amin. :)

so cemana preparation raya kawan-kawan? dah cukup tak? as for me semua dah siap kot. tunggu nk pkai je. hehe. tahun ni ala kadar je. ntah lah semakin tua ni semakin simple raya. cewaahh. hehe.
Alhamdullilah. yg penting berkesempatan menyambut Raya. persiapan biar lah yg perlu je. betul tak? :)

Raya tahun ni mcm biasa. i akan beraya hari pertama dan seterusnya di Kelantan. kampung mak tercinta. esok malam Insya Allah bertolak. pagi esok plan ke Pekan, Pahang dulu kampung belah ayah tercinta untuk bertahlil dan ziarah kubur tok & tokki.

Dikesempatan ini ada a few things i nk ckp. I nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai i ada terbuat salah & silap dgn korang. or buat korang terasa. or even buat korang rasa annoyed. or apa2 lah yg boleh mendatangkan keburukan kepada perhubungan dan perkenalan kita. sumpah i tak pernah berniat pun nk sakitkan hati sape2.. nk buat jahat dkt sape2.. i hanya tahu untuk sayang orang-orang di sekeliling i. Life is too short to hate people. I selalu berpegang pada tu. I sayang semua orang yg ada dlm life i. I appreciate korang. so andai i ada tersalah bicara. terkasar bahasa. gurau senda tak berpada2 i minta maaf eh. niat i sebenarnya hanya lah untuk merapatkan lg ukhuwah kita semua. I sentiasa berdoa korang semua diberkati dunia akhirat. :)

I tak pandai berdendam. apatah lagi nk balas dendam. jadi korang jangan risau. andai ada salah & silap tu i tak amik pusing. i maaf kan setiap orang dan i tak pernah langsung simpan dalam hati. cara i senang. I maafkan setiap orang sebelum I tidur hari2. I senang cara mcm ni. Jadi bangun pagi semuanya indah & ceria. :)

To those yg nk balik kampung raya ni jgk.. drive safe yea. jangan drive laju2. tak kemana nya kampung korang tu. Ingat " biar lambat asalkan selamat " .. I doakan perjalanan korang semua selamat pergi & balik eh. :)

owh dan raya nanti andai ada yg sudi dtg ke rumah tu jemputlah. jangan segan2. bila Raya hari2 open house tau. so dtg je k.. bole jumpa beraya2. :)

and buat pembaca blog yg setia.. i sayang korang sangat sangat tau. yg sering comment & chat tu thanks sgt. i appreciate. sbb korang lah blog ni masih bernyawa. cewaaahh.. hehe. ye lah if tak de support dari korang tak mungkin i akan terus menulis. bloggers tersayang, andai ada entry or perkataan2 i yg kurang menyenangkan i mintak maaf sangat sangat eh. sumpah i TAK pernah niat nk tujukan dekat sape2. semuanya pasal life i sendiri. i memang suka menulis. i suka bercakap. i suka bercerita. :)

Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri i sendiri. Selagi i bernama manusia. Kesalahan itu sentiasa ada dan tak pernah lari dari buat kesilapan. :)

Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua. Maaf Zahir & Batin.
Semoga kita semua terus dirahmati Allah.

Ingatan Tulus Ikhlas.

Sunday, September 5, 2010

Surat Buat Bakal Suamiku.

Kadang kala dalam sesebuah perhubungan itu ada sesuatu yang tak mampu diungkap. Samada perlu difahami sendiri atau perlukan pengalaman bagi memahaminya. Kadangkala sesuatu nampak remeh di mata lelaki tetapi besar ertinya di hati wanita.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita pantang ditegur kekurangan diri walhal mereka kemudian nya menyedari kebenaran itu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita cukup benci kepada sikap bongkakmu, kata-kata manismu dan egomu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu cukup sensitif hati dan perasaan nya. Lebih baik terus diam daripada berkata andai kata-kata itu mampu melukakan hatinya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita rasa cukup bahagia andai kamu bersedia berjumpa kedua ibu bapanya bila-bila masa.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa berharga dan dilindungi andai kamu langsung tidak menyentuhnya sehingga halalnya perhubungan itu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa selamat di samping mu andai kamu sentiasa menjaga pandangan mu dan tingkah laku mu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan merasakan kamu lah pembimbing terbaik nya andai kamu berani dan mampu menegur memperbetulkan kesalahan dalam perbuatannya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan menadah tangan penuh kesyukuran tatkala mendengar kamu mengetuai bacaan doa-doa harian.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mampu menitis kan mata kesyahduan dan penuh syukur andai kamu berkesempatan mengimami sembahyang berjemaah.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita mampu cair mendengar kelunakan kamu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan berasa cukup bahagia andai kamu sering mendahulukan ibumu dan keluargamu dari segalanya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan mencintai kamu andai kamu mencintai sepenuhnya agamamu, mencintai keluarganya dan keluargamu, hormati keluarganya dan keluargamu tanpa menyakiti hati mereka.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan merasakan dirinya lah yang paling cantik dan indah andai kamu menerima dirinya seada nya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mahukan seorang LELAKI sebagai suaminya. LELAKI yang mampu membawa nya ke jalan yang benar. Membawanya semakin dekat kepada Allah. LELAKI yang bakal mengimami solat jemaah mereka sekeluarga. LELAKI yang akan mengetuai bacaan doa-doa harian. LELAKI yang mampu menjawab segala kemusyikan anak-anak kelak. LELAKI yang mampu mengawal keluarga. LELAKI yang mengenal erti tanggungjawab dan akhirnya LELAKI yang mampu menjadi idola kepada setiap bapa-bapa.

calon suami kita entah di mana sekarang. Semuanya ditangan Allah. Kita kena yakin Allah pun mencintainya sebagaimana DIA mencintai kita . Kita kena yakin DIA kini tengah melatih mereka menjadi LELAKI yang tabah hingga kami pun bangga memiliki mereka kelak.

Thursday, August 26, 2010

Dugaan Ramadhan.



Dugaan Ramadhan sangat banyak. datang dlm pelbagai bentuk.
Ya Allah.. berikan ku kekuatan.
Luruskan hati ku.
Kuatkan semangat ku.

Sesungguhnya KAU lah tempat ku meminta segalanya.


Sunday, August 22, 2010


Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
“Suaminya.

“Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah, “Ibunya”.


Wednesday, August 11, 2010

Thank You Allah for giving me another chance to meet Ramadhan again.



Once again the time has come.
For all the sins and wrongdoings we've done.
It's time to look around & consider our own actions.
May Allah forgive us.
May Allah accept our Doa.
For all that I have Ya Allah all that I am is from YOU is for YOU & to YOU do I return.

Salam Ramadhan everyone! Have a blessed Ramadhan!
May this Ramadhan brings us closer to Allah with HIS touch of blessing!
Guide us all Ya Allah. Amin. :)

dearest friends.. I also seek forgiveness if I've hurt you in any way. :)


Wednesday, August 4, 2010

Tuesday, July 27, 2010

Demi cinta kepada-NYA.

" Aku akan terus berusaha mencari keredhaan Allah SWT dalam hidup ini. Ayuh kawan2.. Hidupkn malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan ibadat. Insya Allah. Lakukan lah setakat yang kita mampu & terdaya. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima doa-doa & taubat kita semua. Allah lebih Mengetahui. Allah Maha Mendengar. "


Semoga kita semua mendapat malam Nisfu Sya'aban yang barakah.

Amin Amin.

Saturday, July 24, 2010

takziah.

Pagi Khamis lepas i dikejutkan dgn satu berita yg sgt sgt sukar dipercayai. Seolah satu tamparan hebat buat i. Sebab apa? Sebab i sgt sgt adore dia. sbb i sgt sgt hormati dia. sbb i sgt sgt sanjungi dia. sbb i sgt menghargai dia. Nenek saudara i pulang ke rahmahtullah pagi Khamis lepas. Selepas my mum called pagi tu.. dlm keadaan masih terpinga2 i mcm blur seketika. mcm tak percaya. Haritu i baru jumpa Mak Teh( gelaran kami kepadanya ) Alhamdullilah. sihat nmpknya. Tapi mungkin.. Allah lebih sygkan dia. Pagi tu baru i sedar kenapa tatkala i sujud kepada-NYA malam sebelum itu, tertumpasnya air mata secara tiba-tiba. Tiba-tiba terasa sgt sayu & sebak. Mungkin terlalu rindu kepada-NYA & juga mungkin petanda bahawa i akan kehilangan seseorang yg i sangat sanjungi esok harinya. Malam sebelum itu i tertidur bertemankn air mata seolah-olah membawa petanda berita pemergiannya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. tempatkan dia dikalangan hamba-hambaMU yg beriman. Mungkin sebelum ini i tak pernah tunjuk betapa i menghargai dia.. betapa i sanjungi nya. Keperibadiannya yg cukup sempurna buat i menjadikan dia salah seorang idola i. Rendah diri cukup sebati dalam jiwanya. Berkat kesabarannya membantu i khatam Al-Quran sejak sekolah rendah lagi. betapa besarnya jasa dia kepada i. Itu belum termasuk dlm ajaran-ajaran secara am darinya. Disenangi ramai membuatkn i lagi kagum kepadanya. Yg lebih penting jiwanya masih sama. Dia lah ustazah terbaik i. Yg i akan kenang selamanya. Biar waktu hayatnya i kurang sekali menunjukkan betapa i menghargainya tetapi jauh di sudut hati i.. i sgt mengkagumi & menghargainya. Hanya Allah yg tahu. Semoga keluarganya lebih tabah & kuat menghadapi ini semua. Sesungguhnya Allah lebih sygkan dia. Al- Fatihah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat & diletakkan di kalangan hamba-hambaNYA yg beriman. Amin.


Tuesday, July 6, 2010


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-MU Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-MU yang selalu bertaubat
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-MU

Saat KAU limpahkan karunia-MU
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-MU Ku Bersujud - Afgan.




Monday, June 21, 2010

superHero saya!

20th June 2010.

I'm turning to my father and my more for support,
advice, wise counsel, and for approval.
Grown up, I see differently now...
A new perspective of a man I have always known.
My heart is full, my emotions overpowering
just in the certainty of that bond.
He's been there for me through all the conflicts
helping me over the rough, ragged stones of growing up.
My respect for him is unending,
faith is unbound, and love is unquestioning

Happy Father's Day to my only one superhero!
Encik Md Najib B. Ibrahim.


Happy Fathers day means more
than have a happy day
It means I Love You first of all
Then thanks for all you do
It means you mean a lot to me.

21st June 2010.

Happy 56th Birthday my precious Ti! May Allah bless You always!
I Love You more than you could imagine.
I will always be your little girl for the rest of my life.


A little girl needs Daddy
For many many things
Like holding her high off the ground
Where the sunlight sings!
Like being the deep music
That tells her all is right
When she awakens frantic with
The terrors of the night.

Like being the great mountain
That rises in her heart
And shows her how she might get home
When all else falls apart.

Like giving her the love
That is her sea and air,
So diving deep or soaring high
She'll always find him there.

Happy Father's Day & Happy Birthday to my dad!
Ti, I Love You so so so damn much!!!!!!
More than anything.


I am honored to know him, to love him, to be of him.
He's my superhero, and I am his the one and only daughter, his little princess.

Thanks for being the best!



Saturday, June 19, 2010

Segala ini bukan ku pinta.
Bukan sekadar suka-suka.

Jauh sekali untuk dibangga.
Tetapi hanyalah rezeki pemberian Allah SWT semata-mata.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.


Ku mohon petunjuk-Mu.

Ku mohon hidayah-Mu.
Lindungilah hamba-Mu ini.
Kuatkan semangat hamba-Mu ini.
Tegarkan hati hamba-Mu ini.

Pandulah hamba-Mu ini..
agar sentiasa dijalan yg diredhai-Mu.
Bimbinglah aku.. agar tidak lalai dan leka.
Ingatkan aku Ya Allah. semua ini sekadar pinjaman-Mu didunia.

Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang nyata mahupun tersembunyi.



Tuesday, June 15, 2010

untitled.

" Watch your thoughts.. they become your words.
Watch your words.. they become your actions.
Watch your actions.. they become your habits.
Watch your habits.. they become your character.
Watch your character.. it becomes your destiny. "


Friday, May 28, 2010

Met my Mentor.

Sometimes all we need is a little appreciation. Appreciation is a wonderful thing. It makes what is excellent in others belong to us as well. Million thanks to these two pretty 'Najjah' owners sis Farrah Adeeba & sis Awin for giving an amazing opportunity to me & all the other gorgeous models as well .. presenting their awesome collection!
" For some life lasts a short while, but the memories it holds last forever."
Keep in touch.
We do not remember days we remember moments. Thank you for the memories.. thank you for everything.. You guys are the best! Glad knowing everyone of You. Keep in touch.. & Lets do it more often! I Love You all my fav gorgeous ladies! seriously I do.

Stylist : Farrah Adeeba & Awin ( from Najjah )
Make up : Awin SeindahWajah & sis Nicky.

ok. i tau da lame gile i janji post ni. tp sorry sgt. tak sempat lagi. tp today i tunaikan janji i. 16th May 2010. dkt Putrajaya i & model2 lain yg sgt jelita diberi kepercayaan untk present baju2 & collection dari Najjah .. owner die yg super awesome.. sis Farrah Adeeba & sis Awin ni..



ok sape yg tak knl mereka bdue ni tlg lah kenal2 kn. bukak tv9.. pasti ade muke mereka! mereka sgt awesome ok?! First time waktu Kak Farrah tnye i bole tak jd model die, i was like. OMG. Im going to meet her!!!! OMG.OMG. oh yea.. cite tergantung. hehe. sbnrnye.. we both selalu je chatting. tp tak penah jumpe. we both just keep in touch dgn chatting & later on exchanged number. so 1 malam yg indah tu, die offer i. tanpa berfikir pnjg, i jwb " sure sis! no prob! " .. disebabkn terlalu excited nk jumpe die. hahaha. ok i ngaku.. she's my Mentor. i suke tgk Farrah Adeeba & Datin Norjuma Habib. bukan sbb mereka celebrity. sbb mereka ni beautiful with brain! tp bukan i ckp yg lain tak cantik.. tak pndai.. tp mybe i lebih minat 2 org ni. mmg bg inspiration lah! sebagai wanita & isteri yg hebat! and.. aha.. to those AIKOLIANs.. Kak Farrah ni dulu AIKOLIAN tau. mcm kite2 ni. thats y.. before ni we both byk chatting story pasal uia.. pasal law.. hehe. same goes to Datin Norjuma. cume die course lain. :) ..first time i jumpe kak Farrah.. untk rehearsal catwalk tu.. OMG. finally we met! we both berpeluk sakan mcm 20 thn dah kenal! hehe. I'm amazed. sbb die sgt natural. hug hug smbil mulut masing " Ya Allah..finally kte jumpe!!! " .. hehe. sweet je time tu. sumpah. die cantik. :) .. and after adegan jejak kasih tu.. i jumpe Kak Finaz (tv9) & sis Nawar.. both ni dah biase dah modeling2 ni.. hal kecik je bagi mereka. hehe. Sis Nawar, i penah jumpe dah fashion show before this. Kak Finaz baru jumpe. and they both sgt awesome. mlm tu lepak2 chill dgn dieorg. tak rase lnsg perbezaan. and i bet models lain pun rase cmtu. i rase dieorg sgt menjage kteorg. rase mcm 1 big family. i dpt kenal org2 famous yg baru.. mcm Sis Jannah. Sis Awin Seindahwajah tu. and ade lah lg. seriously.. i had so much fun. i rase happy sgt dgn Najjah family. and i nk bgtau.. even kte spent time 2 hari je.. tp i rase kte dah lame kenal. balik je Ahad ptg tu.. i dah rindu keluarga Najjah. i hope nnt kte buat gathering ok? spend time lg lame. seronok sgt dpt kenal kakak2 & adik2 baru i! korang superb oke?!! i wish all the best to sis Farrah Adeeba with Najjah & sis Awin Seindahwajah & sis Finaz Yunus & sis Nawar Anisah & sis Jannah sekali. in whatever u guys do pun. no matter what.. i will support u all lah! yes. I will. :)


Live in Selamat Pagi Malaysia TV1.


Make up yg sgt cantik! thank you kak Awin Seindah Wajah!


Najjah family!

with sis Finaz & sis Farrah. morning session.

for more pictures check out dkt FB i ok? NAJJAH album. and jom kwn2 visit 2 websites yg best ni!
and for those rajin tgk youtube tu bole lah catch up our video that day.. search Malaysian Fashion Show || Njjah.
if im not mistaken. :)

till then friends. finally. hehe. happy reading everyone!
nnt i tls lg next post. i suke ckp byk byk! heheh.

Love.



p/s : Thank you so much Love. teman kte selama 2 hari tu. ILYSM ! :)

Sunday, May 9, 2010

The Queen Of My Heart.

You are more than I had hoped for.
You are sweetest reward to me.
I couldn't be any prouder than I am today of you.
You are my mother and greatest friend.
And a wonderful person too.
You have my love forever.
I adored you from the start.
It's a privilege to be your the only princess and daughter.
You are as precious as a flower and as gorgeous as a rose.
You are the most precious gift that I've ever been given.
Thank you for everything Mak.
Thank you Allah to have you as my mother.

Happy Mother's Day Mak!
I Love You more than everything. You mean the world to me.
May Allah bless You always.

Your princess.


Friday, May 7, 2010

Youth'10.



Hello Friends!!!!!
Come on over! Be a part of the event!
We gonna have fun!

" 70,000 Youths! 6 Festivals! 5 Conference Tracks! 3 Music Concerts! Over 100 events! "

YOUTH'10 is organised by Youth Asia and hundreds of organizations as collaborators -- for the youth to come together, meet and connect with thousands of other youths from different interests, backgrounds, locations.

Insya Allah.. See you there friends!

Giving away FREE YOUTH'10 event pass to you dear friends, HIT THE LINK!

http://malaysia.youthsays.com/NazneenNajib/invite

visit for more :

http://theyouthfestival.com/


Love.

Sunday, May 2, 2010

Life is too short to hate anyone.

Bila kita terlalu baik. Orang lain ambil kesempatan.
Bila kita terlalu kasar. Orang lain fikir kita berlagak & jahat.
Bila kita bersikap/bersifat natural dan positif. Orang lain cakap
" eleh.. perasan bagus lah tu "




" There’s always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around. "



Friday, April 30, 2010

My Fav Inspirational Quotes.

" There are three words I like to repeat to myself : glass half full. Just to remind myself to be grateful for everything I have "

" I have enjoyed life a lot more by saying yes than by saying no "

" Happy are those who dream dreams and are ready to pay the price to make them come true "



Tuesday, April 27, 2010

its almost 11 years & still counting!

Happy 21st Birthday my best friend,
Amazing times, we always spend.
Laughter and jokes are common place,
Since we built that solid base.

On your special day
I wanted to send
A most special greeting
To a most special friend.

I want to recall
The adventures we've had,
The friendship we've shared
Through the good times and bad.

We've grown up together
For ELEVEN years
( * yet still counting & i wish till the end of time )
Through laughter and tears.


We get along, like bread with honey,
A friendship worth, much more than money.

Happy 21st Birthday my baby Nadira.
Have a blast!
May Allah bless You always.
Thank you for everything.. Thank you for always be my other half.
Thank you Allah to have you in my life
.
ILY so much girl!

Love.